Siasat Dan Tutup Jika Malaysiakini Ditaja Yahudi Soros

PETALING JAYA: Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata beliau akan menghimpunkan penyokongnya di pejabat portal berita Malaysiakini di Jalan Tandang, di sini, pada Sabtu.
baju-merah
Keputusan itu dibuat selepas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz mengumumkan bahawa penyokong Bersih dan kumpulan Baju Merah tidak dibenarkan berkumpul di Dataran Merdeka 19 November ini.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata beliau menghormati keputusan tersebut.

“Kami telah melakukan apa yang perlu dan ia tidak diluluskan. Kami sepatutnya mengadakan perhimpunan pada 5 November di Kelab Sultan Sulaiman.

“Sebelum ini pihak pengurusan telah memberikan kebenaran tetapi apabila saya bertemu dengan mereka pada 28 Oktober, kebenaran itu ditarik balik oleh presidennya yang juga Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali),” katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Rabu.

“Pihak pengurusan menerima arahan daripada pejabat Menteri Besar untuk tidak membenarkan kami berhimpun walaupun ia akan diadakan secara aman. Sekarang kita telah memohon dengan Bandaraya (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan mereka tidak memberikan kebenaran walaupun ia dibuat mengikut proses.

“Kita lihat tempat yang sesuai adalah di Jalan Tandang dekat ibu pejabat Malaysiakini,” kata beliau.

Jamal berkata tempat itu sesuai kerana Malaysiakini juga merupakan penerima dana daripada Open Society Foundations (OSF), yang diasaskan jutawan George Soros.

Baju Merah dilaporkan telah menghantar notis kepada polis untuk mengadakan demonstrasi di Dataran Merdeka pada 5 November.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganjur telah memaklumkan tentang perhimpunan yang dirancang itu pada Selasa, sambil menambah bahawa ia telah disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.

Terdahulu, Jamal membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan bahawa Bersih dibiayai oleh OSF untuk menjatuhkan kerajaan. – mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s