Dana Asing Dibimbangi Ada Agenda Tersendiri – Shahrir Samad

KUALA LUMPUR: Setiap dana asing khususnya dari Barat, yang diterima bagi membiayai kegiatan organisasi atau badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini, haruslah diteliti kerana dibimbangi mempunyai agenda tertentu.
shahrir-samad
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata dana berkenaan termasuklah daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan George Soros.

“George Soros ada nilai-nilai hidup yang berbeza daripada masyarakat kita, apatah lagi OSF yang membawa makna sekular dan terbuka.

“Sebab itulah sesebuah organisasi yang terima dana dari orang seperti Soros harus berwaspada kerana berkemungkinan, tanpa disedari, ada hala tuju yang ditentukan mereka,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Baru-baru ini, Majlis Peguam mengakui ia menerima sejumlah RM53,757.12 (US$15,000) daripada OSF sebagai geran untuk menjalankan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam Datuk Seri M. Ramachelvan berkata pembiayaan itu diterima daripada OSF pada 7 Jan 2015.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata pembiayaan dana luar termasuk yang melibatkan politik boleh menimbulkan masalah kepada negara sekiranya tidak dikawal.

“Penyaluran dana daripada institusi berkaitan adalah membimbangkan kerana terbukti sebelum ini, ia menyebabkan berlaku perkara-perkara besar seperti perubahan pemerintahan dan politik dalam sesebuah negara,” katanya. -mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s