Lambakan Maklumat Agama Dalam Internet Celarukan Masyarakat – KP Jakim

BANGI – Lambakan maklumat mengelirukan berkaitan Islam menerusi Internet berupaya mengundang pelbagai persepsi dan kecelaruan dalam masyarakat, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.
othman
Beliau berkata, rancangan teliti pendakyah lain melancarkan perang saraf, khususnya ke atas generasi muda beragama Islam jika tidak ditangani, boleh menyebabkan konflik agama yang merugikan negara.

“Berbanding strategi sebelum ini, mereka kini memilih bergerak seiring dengan teknologi bagi menarik minat anak-anak muda dan masyarakat Islam, hingga menjadikan mereka lalai, keliru dan akhirnya tersasar daripada landasan agama Islam.

“Dalam menangani situasi itu, selain kawalan pihak berkuasa bertanggungjawab, institusi keluarga juga perlu selangkah ke hadapan, antaranya menggunakan aplikasi atau peranti tertentu menyekat ‘pelayaran’ anak-anak kepada sumber yang boleh membawa kesan negatif, khasnya terhadap agama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Simposium Implikasi Dakwah Media Baharu: Lindungi Diri dan Keluarga, anjuran bersama Jakim dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini hari ini.

Simposium sehari yang menghimpunkan wakil daripada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), universiti dan masyarakat awam itu turut dihadiri Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM Zulkarnain Mohd Yasin.

Othman berkata kuasa Internet dalam memberi fakta dan informasi kepada masyarakat telah menjadi suatu gerakan yang kuat sehingga berupaya mengambil alih kepercayaan sama yang pernah diciptakan oleh televisyen suatu ketika dahulu.

“Statistik penggunaan gajet selama lapan jam sehari setiap orang di negara ini menimbulkan penyakit baharu dalam kalangan masyarakat seperti nomophobia,

fomo syndrome, phone pinching atau phone phubbing, yang tanpa disedari mencorak kehidupan ummah tidak seimbang sehingga peranan dan tanggungjawab harian sebagai ibu, ayah atau anak terganggu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu pendekatan berdakwah cara lama dan bersifat tradisional dikaji, diteroka dan ditambah baik dengan teknik atau pendekatan yang lebih berkesan melalui penggunaan teknologi maklumat dan pencarian ilmu bersifat secara dalam talian.

Untuk itu, Jakim menjalin kerjasama pintar dengan SKMM dan JAIN melalui penubuhan jawatankuasa bersama bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan media baharu ke arah memberikan pemahaman, penjelasan lebih baik, khususnya berkaitan agama dan undang-undang kepada masyarakat, katanya. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s