Wanita UMNO Bawa 3 Usul Perundangan Syariah, 29 Nov Ini

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita UMNO akan mengemukakan tiga usul khas berkaitan perundangan syariah di Malaysia dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlang­sung pada 29 November ini.
shahrizat
Shahrizat Abdul Jalil
Ketua­nya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (gambar)berkata, tiga usul berkenaan ialah penyeragaman undang-undang syariah di Malaysia, perundangan perwarisan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah.

Menurut beliau, isu-isu berkenaan tidak hanya tertumpu kepada wanita dan ia merupakan satu perbincangan yang holistik dan bersepadu membabitkan penggubal undang-undang dalam bidang perundangan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Usul yang dikemukakan ini mengambil kira pandangan daripada akar umbi dan cendekiawan supaya cadangan ini mantap serta berpaksi kepada fakta sahaja.

“Setiap usul akan ada resolusi tersendiri dan kita percaya usul berkaitan agama sangat penting dan relevan dalam kehidupan umat Islam,” katanya dalam sidang akhbar selepas penutupan Sidang Meja Bulat Syariah di sini hari ini.

Sidang meja bulat yang pertama kali diadakan itu dianjurkan Biro Perundangan dan Advokasi dan dipengerusikan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd. Dun.-Utusan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s