Arab Saudi Batal Kos Kenaikan Visa, Haji – Portal Indonesia

PETALING JAYA: Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin dilapor mengeluarkan dekri untuk membatalkan kenaikan harga visa haji dan umrah berkuatkuasa serta-merta selepas peningkatan kos itu mengundang keluhan negara-negara Islam di seluruh dunia.
kaabah
Berdasarkan beberapa laporan portal Indonesia, perkara itu disahkan oleh Menteri Agama Republik Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin menerusi satu kenyataan dalam laman sosial Twitter pada Khamis.

“Alhamdulillah, Raja Salman (Saudi Arabia) batalkan biaya visa haji & umrah,” tulis Lukman seperti dilaporkan portal berita detik.com.

Menurut detik.com, pembatalan harga baru visa haji dan umrah itu disampaikan oleh Raja Salman dan diwartakan oleh seluruh media Arab Saudi.

Bagaimanapun tiada laporan rasmi yang disiarkan oleh portal-portal di Arab Saudi berhubung perkara tersebut.

Dua bulan lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan caj sebanyak 2,000 riyal (RM2,323) bagi umat Islam yang mengerjakan umrah dan haji buat kali kedua dan seterusnya.

Susulan laporan itu, Kementerian Agama Republik Indonesia (Kemenag) masih menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi berhubung pembatalan kos kenaikan harga vias haji dan umrah.

“Berita tentang pembatalan kos itu telah tersebar, tetapi kami masih menunggu kenyataan rasmi daripada Arab Saudi,” kata Pengarah Pusat Maklumat dan Perhubungan (Pinmas) Kemenag, Mastuki menerusi laman web rasmi kementerian tersebut. -mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s