Jangan Petik Sumber Diragui Berkaitan RUU 355

MASYARAKAT disaran tidak memetik sumber yang diragui kebenarannya berhubung cadangan Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) kerana ia dikhuatiri menyimpang daripada hasrat sebenarnya.
ru3
Pengamal undang-undang, Datuk Salehuddin Saidin berkata ini kerana, pihak tidak bertanggungjawab sering memomokkan masyarakat dengan pelbagai isu sehingga menimbulkan ketakutan terutama kepada golongan bukan Islam sekiranya cadangan itu diluluskan Parlimen kelak.

Peguam itu turut menegaskan bahawa cadangan pindaan RUU langsung tidak menyentuh kaum bukan Islam sebaliknya ia bagi memperkasa Mahkamah Syariah khususnya dalam aspek hukuman kepada pesalah yang hanya melibatkan umat Islam.

“Dalam hal undang-undang, bukan mudah untuk kita faham (apa yang berlaku) jadi adalah lebih baik jika rakyat merujuk dahulu kepada pakar berkaitan dan bukan senang-senang sebarkan maklumat daripada sumber yang tidak tahu betul atau tidak.

“Orang bukan Islam disalah fahamkan pihak tertentu berhubung isu ini sedangkan mereka (orang bukan Islam) hanya tertakluk kepada ‘public law’ dan tiada kena-mengena dengan pindaan Akta ini,” katanya dalam sesi penerangan mengenai RUU 355 yang dianjurkan oleh Majlis Jaksa Pendamai Selangor, di sini hari ini.

Jelas beliau, cadangan pindaan RUU 355 itu bertujuan menaikkan jumlah penalti sedia ada mengikut apa yang dibenarkan syarak kecuali hukuman mati namun ia tetap tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah negeri mengikut Jadual 9, Senarai II Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pindaan itu dilihat wajar dilakukan kini berikutan hukuman sedia ada yang diguna pakai Mahkamah Syariah kurang efektif dalam mencegah umat Islam daripada terus melanggar perintah agama sehingga menyebabkan lambakan kes di institusi itu.

Salehuddin bagaimanapun mencadangkan, sekiranya RUU 355 diluluskan Parlimen kelak, pihak terlibat perlu mengkaji juga undang-undang keterangan jenayah syariah bagi memastikan aspek pembuktian dan sabitan adalah selari dengan jenis hukuman yang dikenakan kepada pesalah.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang, dijangka membentangkan sekali lagi usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu RUU 355 di sidang Dewan Rakyat kali ini setelah membentangkannya pada dewan sama 26 Mei lepas. –Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s