Kerajaan tidak abai kebajikan Orang Asli beragama Islam – Dr. Asyraf

Pendekatan dakwah yang dilaksanakan beberapa agensi di bawah kementerian di Jabatan Perdana Menteri telah melahirkan ramai dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang berilmu.

asyraf
Program pengukuhan dan pemantapan Orang Asli oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di setiap negeri contohnya, menyaksikan ramai masyarakat Orang Asli menjadi pendakwah dan imam.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, program yang dilaksanakan secara bersepadu itu termasuk kerjasama antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta agensinya Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), membuktikan kerajaan tidak mengabaikan dakwah dalam kalangan masyarakat berkenaan.

“Sebenarnya program pengukuhan dan pemantapan Orang Asli ini dijalankan secara bersepadu dengan pelbagai agensi kerajaan terutama JAKOA, MAIN dan JAIN di negeri-negeri.

“Hari ini sudah ramai pegawai-pegawai agama dalam kalangan Orang Asli termasuk imam. Cuma peranannya tidak diketengahkan,” katanya menjawab soalan tambahan dari wakil rakyat Mohamad Imran Abd. Hamid (PKR-Lumut).

Bagi soalan tambahan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang melahirkan kebimbangan dengan jadual dakwah oleh mubaligh JAKIM yang masuk ke perkampungan Orang Asli sebulan sekali, Dr. Asyraf Wajdi berkata, beliau bersetuju dengan saranan itu, tetapi menjelaskan, tanggungjawab dakwah dan menjaga kebajikan Orang Asli beragama Islam bukan terletak sepenuhnya bawah JAKIM atau badan-badan tertentu semata-mata.

Bagaimanapun, ujarnya, beliau akan membawa perkara itu kepada kementerian berkaitan bagi mengemaskinikan jadual dakwah di perkampung Orang Asli yang mempunyai majoriti beragama Islam.

Mengenai surau atau masjid untuk Orang Asli menunaikan solat Jumaat, katanya, kedua-dua tempat ibadat itu sudah disediakan di perkampungan yang majoriti Orang Asli beragama Islam.

Pada soalan lain, Dr. Asyraf Wajdi memberitahu, pemantap dakwah di kalangan masyarakat Orang Asli Islam dilaksanakan dengan melatih dan mendidik mereka menerusi aspek pendidikan keagamaan dan penerapan nilai-nilai murni.

Beliau turut memberitahu Dewan Rakyat, dalam rangka memperkasakan program dakwah kepada masyarakat Orang Asli oleh pendakwah, JAKIM telah menganjurkan pelbagai aktiviti khusus setiap tahun seperti Muzakarah Penggerak Masyarakat Orang Asli, Ijtimak Penggerak Masyarakat Orang Asli, Konvensyen Penggerak Masayarakat Orang Asli, Wacana Isu-isu Semasa dan Kelas-kelas Pengukuhan Fardu Ain. – MalaysiaGazette
3

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s