Bersih 5: PAS Tidak Mahu Terjebak Politik Konfrantasi, Menyusahkan Rakyat

SHAH ALAM: Pas semalam menyenaraikan pendirian berhubung himpunan aman Bersih 5 yang akan berlangsung pada Sabtu ini.
nasruddin-pas
Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan menerusi Facebooknya memberikan beberapa sebab atau punca tentang pengecualian penglibatan Pas dalam himpunan terbabit.

Menurut Nasruddin, Pas mengambil pendekatan tersendiri dalam memperjuangkan pendekatan kepada pilihan raya yang telus.

“Pas sedang menumpukan sepenuh perhatian kepada beberapa aktiviti besar yang telah diatur seperti Ijtimak Tarbawi 5.0 dan Fastaqim 2.0.

“Pas juga tidak mahu terjebak dengan politik konfrontasi yang mencetus kekasaran, pergaduhan dan menyusahkan rakyat,” katanya dalam sebuah paparan skrin yang dikongsikan menerusi Facebooknya, semalam.

Nasruddin menambah, pihaknya juga sedang giat membantu pihak Kongres Rakyat mengadakan jelajah ke seluruh negara sebelum Kongres Rakyat 2.0 diadakan pada tahun hadapan.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s