Kerajaan Akan Ambil Alih Membawa RUU 355

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan sedia mengambil alih untuk membawa Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355, selepas selesai tatacaranya di Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Sambil mengalu-alukan pembentangan RUU 355 di Dewan Rakyat hari ini, beliau dalam kenyataan medianya hari ini memberi jaminan kerajaan akan menyemak sehalus-halusnya cadangan pindaan berkenaan.

Berikut disertakan kenyataan media penuh beliau.
jamil
1. Kerajaan mengambil berat usul persendirian yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang yang mencadangkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355].

2. Seperti termaklum, sejak Akta ini digubal oleh kerajaan pada tahun 1965 dan dipinda pada 1984 dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada 1989, Kerajaan terus komited dan istiqomah dalam mengangkat martabat institusi mahkamah Syariah. Malah pelbagai usaha telah dilakukan secara konsisten dan bertahap dalam usaha memperkasa mahkamah Syariah secara holistik termasuklah memperkenalkan skim-skim perjawatan hakim-hakim dan pegawai-pegawai Syariah, menyediakan program-program latihan berkala kepada hakim-hakim dan pegawai-pegawai- Syariah bagi meningkatkan profesionalisme mereka, meningkatkan dan menambah-baik kemudahan prasarana institusi mahkamah syariah dan pelbagai lagi inisiatif untuk menaik taraf pentadbiran dan perjalanan Institusi Mahkamah Syariah.

3. Justeru, kerajaan sudah tentu mengalu-alukan sebarang cadangan untuk memperkasa dan menambah baik institusi mahkamah Syariah termasuklah usul persendirian yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang.

4. Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam tatacara dan peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, setelah segala urusan dewan selesai, Kerajaan akan mengambil tanggungjawab membawa RUU ini. Sebagaimana lazim, sudah tentu Kerajaan akan memperhalusi secara rapi cadangan pindaan ini dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan termasuklah rakyat bukan Islam walaupun hakikatnya Akta 355 tidak melibatkan mereka sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sekian.

YANG BERHORMAT MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B)
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
24 November 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s