RUU 355: Umno Akan Bincang Dengan Komponen BN

PUTRAJAYA: Umno akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) mengenai Rang Undang-undang (RUU) Persendirian yang diusulkan PAS bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah, kata Datuk Seri Najib Razak.
najib-biru
Presiden Umno itu berkata ini bagi membolehkan parti komponen mendapat pemahaman yang jelas berhubung tujuan RUU berkenaan.

“Kita sebagai kerajaan BN, kita akan berundinglah… dengan komponen supaya mereka faham apa dia sebenarnya tujuan RUU pindaan tersebut,” katanya pada Program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini, hari ini.

Perdana menteri berkata RUU berkenaan bukannya hudud dan hanya melibatkan umat Islam.
“Ini menaikkan kuasa kepada Mahkamah Syariah dan ini tidak kena mengena dengan bukan Islam sama sekali,” katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat pada 24 November lepas.

Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s