Adakah Siti Kassim Dalang Huru-Harakan Kehidupan Orang Asli Di Gua Musang ?

ORANG Asli di Gua Musang, Kelantan sebelum ini dalam keadaan tenang, dan dapat meneruskan kehidupannya masing-masing.

Kehidupan mereka mula berubah apabila dikatakan muncul beberapa orang termasuk seorang peguam kontroversi, Siti Kassim.
ct-kasim2
Hari ini, laporan akhbar dan Buletin TV3 menyatakan Mahkamah Majistres membenarkan tahanan reman seramai 47 Orang Asli ditahan dalam operasi mengosongkan sekatan di Pos Petei dan Pos Bihai di Hutan Simpan Balah, Gua Musang, antara dua sehingga tiga hari.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mohd Faiz Omar bermula hari ini terhadap Orang Asli berusia antara 18 sehingga 40 tahun itu untuk siasatan lanjut.

Dalam prosiding itu seramai 17 Orang Asli ditahan reman selama dua hari manakala selebihnya ditahan reman selama tiga hari.

Permohonan reman itu dibuat oleh Pegawai Penyiasat dari Jabatan Perhutanan negeri Kelantan untuk disiasat mengikut Seksyen 32, Seksyen 47 dan Seksyen 81 Enakmen Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh dan menduduki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran.

Jabatan Perhutanan Kelantan menjalankan operasi mengosongkan dua sekatan di Pos Petei dan Pos Bihai yang dibina oleh penduduk Orang Asli sejak September lalu untuk menyekat daripada balak dibawa keluar.

Dalam operasi selama tujuh jam membabitkan 210 pegawai dan anggota pihak berkuasa diketuai Jabatan Perhutanan Kelantan itu lebih 35 pondok diruntuhkan kerana melakukan kesalahan melakukan aktiviti dan pendudukan di hutan simpan tanpa kebenaran.
ct-kasim1
Orang politik dan peguam seperti Siti Kassim tidak ditahan, tetapi Orang Asli berkenaanlah yang menjadi mangsa.

Inilah sebab ramai tertanya-tanya adakah Siti Kassim yang menjadi dalang kepada tindakan Orang Asli berkenaan dan Polis perlu juga menyiasat dan menangkap dalang sebenar.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s