Arab Saudi Batal Kenaikan Yuran Visa Haji Dan Umrah

king-salman1
RIYADH: Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz Sabtu lalu mengisytiharkan akan membatalkan yuran visa haji dan Umrah bermula tahun ini, demikian menurut ahli Jawatankuasa Tertinggi Haji dan Umrah, Nasir Toruk.

Keputusan untuk membatalkan caj yang baru diperkenalkan dibuat susulan protes rakyat Mesir dan umat Islam di negara-negara lain yang menyifatkannya sebagai mahal, lapor Alborsa News.

Selain pembatalan caj yang baru dikenakan, Arab Saudi akan memberikan dua visa percuma kepada setiap syarikat berlesen yang terbabit dalam bidang haji dan umrah.

Sementara itu, pihak berkuasa Arab Saudi menggesa orang Mesir untuk melakukan reformasi ke atas badan yang mengawal syarikat Mesir yang mengkhusus dalam bidang pelancongan agama.

Bekas ketua Jawatankuasa Pelancongan Agama Mesir, Basel Al-Sisi, berkata pembatalan caj itu akan memberi kesan positif kepada sektor pelancongan agama, sekali gus menyifatkan tindakan Arab Saudi itu sebagai “langkah positif ke arah yang betul.

” Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pihaknya belum menerima sebarang notis rasmi berhubung keputusan itu, sambil mendakwa apa yang berlaku kini hanya berdasarkan laporan media dari pihak Saudi. Al-Sisi berkata demikian walaupun pengumuman rasmi sudah dibuat oleh Nasir Toruk. – Agensi

Sumber: Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s