Kerajaan, Tabung Haji Akan Bantu Jemaah Umrah Terkandas

terkandas
PUTRAJAYA: Kerajaan bersama Tabung Haji berusaha sedaya upaya membantu bakal jemaah umrah yang terkandas di Nilai sejak beberapa hari lalu berikutan penerbangan mereka tidak mendapat kelulusan mendarat di Jeddah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata kelulusan untuk mendarat atau ‘landing right’ adalah wajib bagi mana-mana lapangan terbang di dalam dunia ini.

Katanya, proses untuk mendapat kelulusan mendarat itu mungkin mengambil sedikit masa.

Jelas beliau, pihak kerajaan faham dengan proses itu apa lagi keadaan di lapangan terbang di Jeddah yang sangat padat dan atas sebab itu, mereka (kerajaan Arab Saudi) memberi perhatian dalam hal ini supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Menurut Datuk Seri Jamil Khir, kerajaan akan cuba untuk membantu jemaah umrah tersebut, namun pihak penerbangan dan syarikat yang mengendalikan jemaah itu juga perlu menumpukan apakah tuntutan penerbangan yang diminta oleh pihak Arab Saudi kerana ia secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan kebenaran mendarat berkenaan. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Multaqa Perundangan dan Politik Majlis Perundingan Islam (MPI).

Sebelum ini media melaporkan ratusan jemaah dibawa ke beberapa hotel sekitar Nilai selepas penerbangan mereka dibatalkan atas alasan tidak mendapat kelulusan mendarat di lapangan terbang di Jeddah. – BH Online
jamil4
Utusan Malaysia pada 13 Disember lalu melaporkan Lebih 100 bakal jemaah umrah terkandas di sebuah hotel di Nilai, di sini sejak seminggu lalu gara-gara sebuah agensi pengurusan umrah didakwa gagal mendapatkan penerbangan ke Mekah untuk mereka.

Bakal jemaah umrah terbabit ditempatkan di hotel berkenaan oleh agensi terlibat selepas dimaklumkan penerbangan ke tanah suci ditangguhkan sewaktu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Difahamkan, mereka yang terlibat adalah dari Johor, Perak dan Kuala Lumpur telah membayar kira-kira RM6,000 hingga RM6,500 setiap seorang kepada agensi ter­babit yang turut mempunyai lesen sah dipercayai beroperasi di Gombak, Kuala Lumpur.

Seorang bakal jemaah, Megat Kamaruzaman, 46, berkata, dia bersama empat ahli keluarganya menetap lebih seminggu di Kuala Lumpur sementara menunggu perkemba­ngan dari agensi berkenaan.

“Pada 5 Disember lalu, agensi memaklumkan penerbangan ditunda kepada 7 Disember dan kemudian ditunda lagi kepada 10 Di­sember, namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan lanjut.

“Pasport turut dipegang oleh pihak agensi dan itu perkara biasa bagi urusan membuat visa umrah,” katanya ketika dihubungi.
Seorang lagi bakal jemaah umrah, Nazim Ahmad, 62, memberi­tahu, dia sepatutnya berlepas ke Mekah pada 8 Disember lalu, namun dimaklumkan tiada pesawat ketika tiba di KLIA.

“Pada awalnya wakil agensi memberitahu penerbangan ditangguh kepada 10 Disember lalu dan kemudian 11 Disember, tetapi masih tiada penerbangan hingga hari ini,” katanya.

Sementara itu, wakil agensi pengurusan umrah terlibat ketika dihubungi memohon maaf kepada bakal jemaah umrah kerana masalah itu berpunca daripada sebuah operator penerbangan.

Jelasnya, pihaknya masih me­nunggu perkembangan mengenai penerbangan ke Mekah untuk bakal jemaah umrah terlibat daripada o­perator penerbangan berkenaan.

“Sekiranya tiada penerbangan hari ini, pihak agensi serahkan pada budi bicara jemaah sama ada terus menunggu, menunda tarikh atau menarik diri dan wang mereka akan dipulangkan.

“Pihak syarikat dalam masa sama masih cuba mencari tiket penerbangan lain dan usaha ini agak sukar memandangkan tempat duduk dalam penerbangan terhad,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s