Kumpulan Liberal Sedang Rancak Menghalalkan Khalwat

KUMPULAN liberal agama yang bergabung dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini rancak melakukan propaganda untuk menghalalkan kegiatan khalwat atau persetubuhan tidak halal, dan menghalang jabatan agama membuat serbuan kepada aktiviti berdua-dua bukan muhrim.

Mereka menggunakan rasional bagi mengajak umat Islam menyokong mereka dengan pelbagai alasan dan menggunakan hujah agama yang berpihak kepadanya seperti menyatakan Islam bukan jenis memaksa, malah kata mereka Islam emmberikan kebebasan penuh.

Di luar negara seperti tokoh liberal muslim tersohor seperti Irshak Manji terang-terang sudah pergi lagi jauh dengan menghalalkan perkahwinan sejenis, malah beliau sendiri secara terbuka telah melakukannya.
irshak-manji
Alasan logiknya, Tuhan yang menghadirkan perasaan untuk suka sesama jenis, dan apakah salah jika mengikuti perasaan suci itu.

Inilah yang berlaku dengan dunia liberal Islam hari ini.

Di Malaysia, ada juga pejuang liberal walaupun mungkinlah tidaklah sama dengan Irshad Manji tetapi arah pemikirannya seperti kelihatan senada.
manji
Ada Malaysia mahu bergerak ke arah kehendak Hak asasi manusia atau mahu mendaulatkan undang-undang fitrah yang termaktub dalam al-Quran dan Hadis.

Beberapa minggu sebelum itu, Malaysia dilabel pencabul hak asasi manusia dalam Laporan Kebebasan Berfikir oleh Kesatuan Humanis dan Etika Antarabangsa.

Minggu lalu, kumpulan penjawat awam bersara, G25, berkata pihak berkuasa agama di Malaysia mengawasi khalwat lebih ketat berbanding Arab Saudi.

Penasihat kumpulan itu, Mohd Sheiff Kassim berkata Arab Saudi memperkenalkan garis panduan yang ketat bagi membendung kuasa polis moral.
ct-kasim
Kumpulan liberal begitu membantah langkah kerajaan mengambil usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 daripada Presiden PASDatuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pindaan itu mencadangkan had hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah dinaikkan kepada penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 rotan.

Hukuman sedia ada dihadkan kepada penjara 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 rotan.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s