Bukan Holy Water, Hanya Air Mineral

holi

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengesahkan bahawa air yang digunakan dalam satu upacara keagamaan di sebuah resort di Alor Gajah, di sini bukan air suci atau holy water sebaliknya air mineral.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, siasatan awal mendapati air berkenaan dibekalkan pusat peranginan terbabit kepada persatuan Buddha yang diketuai seorang sami dari Taiwan.

“Ia adalah ritual tahunan dilakukan resort terbabit bagi memohon kebaikan, murah rezeki dan keselamatan mengikut kepercayaan Buddha.

“Mereka hanya menggunakan air biasa yang dibekalkan resort dan air tersebut tiada sebarang campuran cuma bacaan tertentu digunakan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, orang ramai diminta untuk tidak mudah memuat naik gambar atau status serta berkongsi maklumat tidak sahih seperti dilakukan individu dalam hal ini yang akhirnya mencetuskan huru-hara dan kekeliruan. – Sinar

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s