Agensi Islam Ajak Orang Ramai Sumbang Kepada Tabung Kemanusiaan Acheh

yapeim11
PUTRAJAYA: Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Acheh telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Jamil Khir Hj Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kompleks Islam Putrajaya.

Tabung anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YaPEIM), Tabung Haji, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), TV Al-Hijrah dan Kumpulan Utusan ini bertujuan menyatukan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap mangsa gempa bumi di Acheh melalui penyaluran sumbangan.

Selain itu, ia dapat membudayakan amalan sadaqatul jariah di kalangan rakyat Malaysia dalam melebarkan peranan dan fungsi institusi agama di samping melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Dalam ucapannya, Dato’ Seri Jamil Khir Hj Baharom menyatakan bahawa YaPEIM sejak tahun 2004 telah mempunyai program dalam rangka pembangunan mangsa tsunami di Acheh.

“Kita sudah berulang kali bersama-sama menyatakan solidariti bukan hanya sekadar semangat satu rumpun dan satu akidah,tetapi juga atas sifat kemanusiaan merasakan kesedihan dan dukacita di atas yang berlaku di Acheh” , katanya.
yapeim12
Antara saluran sumbangan yang disediakan ialah di 208 buah cawangan kaunter Ar-rahnu YaPEIM termasuk 6 buah Kaunter Bergerak YaPEIM, 123 buah cawangan Tabung Haji, Bank Islam melalui mesin ATM & CDM serta Internet Banking(pindahan wang) dan melalui kutipan di masjid-masjid di bawah JAWI dan JAKIM.

Sebanyak 6 agensi telah membuat sumbangan awal sejumlah RM289,360 iaitu Tabung Haji sebanyak RM100,000 , YaPEIM Gold sebanyak RM50,000 , Koperasi YaPEIM Berhad sebanyak RM50,000,Yayasan Taqwa MAIWP sebanyak RM50,000 , UKM Specialist Centre sebanyak RM25,000 dan Warga Kerja YaPEIM sebanyak RM14,360.
yaepim13
Majlis turut dihadiri oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Tabung Haji, YBhg Dato’ Abibullah Hj Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, YBhg Datuk Noordin Abbas, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan dan YBhg. Dr. A. Bakar Sarpon, Ketua Pegawai Operasi TV Al Hijrah.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke “TABUNG KEBAJIKAN DAN PELAJARAN YaPEIM” di NO AKAUN BANK ISLAM 14023010000082. Tempoh kutipan sumbangan adalah selama 2 bulan bermula pada 22 disember 2016 sehingga 28 Februari 2016.
tabung-acheh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s