Semua Institusi Agama Layak Pengecualian Cukai – LHDN

PETALING JAYA: Semua institusi atau organisasi agama layak mendapat pengecualian cukai dengan syarat pendapatan mereka adalah daripada sumbangan dan bertujuan untuk aktiviti keagamaan.
lhdn
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, pindaan terkini kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 dalam Bajet 2017 menyatakan bagaimana pengecualian boleh digunakan.

“Pindaan kepada perenggan 13 (1) (b) Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dalam Bajet 2017 bertujuan untuk memberikan penjelasan undang-undang atas permohonan pengecualian kepada institusi atau organisasi agama.

“Sebelum pindaan ini, terdapat beberapa kekeliruan di kalangan pembayar cukai sama ada sesuatu institusi agama atau organisasi itu secara automatik layak mendapat pengecualian di bawah akta itu.

“Atau mereka dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah LHDN, di bawah seksyen 44 (6) Akta 53,” kata badan itu dalam kenyataan pada Selasa.

LHDN menjelaskan bahawa dengan pindaan itu, ia jelas menyatakan bahawa institusi dan organisasi agama layak untuk pengecualian cukai.

“Institusi atau organisasi agama secara automatik layak untuk pengecualian ke atas pendapatan daripada sumbangan yang disumbangkan untuk tujuan aktiviti ibadah. Pengecualian itu terpakai kepada semua agama,” kata LHDN. -mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s