Tabung Haji Tanggung Kos Subsidi Jemaah RM200 Juta Tahun Depan – Najib

KUALA LUMPUR 28 Dis: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan menanggung kos subsidi jemaah haji sebanyak RM200 juta pada tahun depan, berbanding RM160 juta tahun ini, kata Perdana mMenteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
agong-najib-zahid
NAJIB RAZAK
Najib menyifatkan kos tanggungan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memelihara dan terus menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia selain membantu umat Islam menyempurnakan Rukun Islam yang kelima itu.

“Meskipun kos pengurusan Haji meningkat saban tahun, sepertimana pada tahun hadapan yang meningkat kepada RM19,550 seorang, kadar bayaran haji buat jemaah tidak berubah sejak 2009, masih kekal RM9,980 seorang.

“Malah, lebih daripada itu, Tabung Haji turut memberikan subsidi buat jemaah haji bagi membantu memudahkan lagi urusan mereka dalam menyempurnakan ibadah haji yang mabrur,” katanya dalam catatan terbaharu di laman blog rasmi beliau, najibrazak.com, hari ini.
TabungHaji
Menurutnya, urusan jemaah haji juga jauh lebih mudah dan ringkas melalui Tabung Haji, yang memberikan ruang buat umat Islam menyimpan wang secara beransur-ansur untuk melengkapkan perbelanjaan ke tanah suci Makkah.

Najib berkata, Tabung Haji turut berperanan mengatur dan menguruskan pemergian jemaah haji ke Kota Makkah selain memastikan keselamatan, keselesaan dan kebajikan mereka terpelihara ketika menunaikan ibadah haji.

“Menunaikan haji adalah sebahagian daripada rukun Islam dan kerajaan amat prihatin dan sedar bahawa umat Islam di Malaysia menyimpan hasrat mengunjungi tanah suci sebagai tetamu Allah SWT suatu hari nanti.

“Dahulu, umat Islam di Malaysia terpaksa menyimpan berpuluh tahun lamanya, ada yang terpaksa menjual barangan kemas, harta benda dan haiwan ternakan untuk mengumpul wang simpanan bagi menziarah tanah suci Makkah,” kata beliau. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s