Banjir Di Kelantan Makin Buruk, 4,000 Dipindahkan

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan kembali buruk dengan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat mendadak malam tadi.

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 39 pusat pemindahan banjir kini mencecah 3,674 orang melibatkan 1,285 keluarga.

Daerah Pasir Mas mencatatkan bilangan mangsa banjir tertinggi dipindahkan pada Isnin malam iaitu 2,322 orang melibatkan 936 keluarga yang ditempatkan di 15 pusat pemindahan.

Ianya melibatkan penduduk dari kampung sekitar Rantau Panjang, terutamanya penduduk berhampiran Sungai Golok.

Paras air di sungai Kelantan di Jambatan Guilemard, Kuala Krai dan Sungai Golok di Jenob dan Rantau Panjang mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya dengan lebih 1.31 meter dan 1.21 meter melepasi paras bahaya.

Trend peningkatan juga berlaku di sungai-sungai utama yang lain.

Bagaimanapun taburan hujan di stesyen penyukat seluruh Kelantan tidak menunjukkan taburan yang tinggi dan berada pada taburan hujan normal.

Sehingga pagi ini, sejumlah 30 buah sekolah di Kuala Kria, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat terpaksa menangguhkan sesi persekolahannya.
banjir-kelantan
Jalan Sekolah Cina di Pekan Rantau Panjang ditenggelami air banjir berikutan hujan yang berterusan sejak Jumaat lepas. – fotoBERNAMA

Ia melibatkan tujuh sekolah menengah dan 23 sekolah rendah dimana keadaan itu menjejaskan lebih 9,500 pelajar dan 58 guru.
Sementara itu, tujuh buah jalan ditutup melibatkan jalan Tanah Merah-kursial, jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan jalan Banggol Kulim-Rantau Panjang.

Manakala perkhidmatan keretapi ke Pantai Timur masih lagi tergendala kerana kerja-kerja membersihkan landasan masi dilakukan di laluan Dabong-Bukit Abu.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s