Jakim Puji Langkah McDonald’s Tak Benar Bawa Masuk Makanan Luar

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memuji langkah McDonald’s Malaysia melarang kek tanpa sijil halal memasuki premisnya.

mcd

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, usaha McDonald’s itu mencerminkan komitmennya dalam memastikan status halal terpelihara.

Beliau menjelaskan bahawa pengeluaran sijil halal oleh jabatan berkenaan adalah selaras Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (semakan ketiga) 2014.

“Manual ini mempunyai 13 garis panduan berhubung pemberian sijil halal kepada pengusaha makanan, dan Jakim menyifatkan polisi yang dilakukan McDonald’s merupakan inisiatif yang baik, yang mengikut Sistem Pengurusan Jaminan Halal,” katanya.
othman

Othman menambah, polisi itu bukan sesuatu yang baharu kerana banyak pengusaha makanan telah mengamalkan “polisi makanan luar tidak dibenarkan” yang menjadi kebiasaan di kalangan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, mereka yang tidak pasti mengenai isu berkaitan dengan status halal di restoran dinasihatkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa.

Minggu lalu, McDonald’s mengesahkan ia melaksanakan satu polisi yang melarang pelanggannya daripada membawa kek tanpa pensijilan halal ke premisnya, dan menjelaskan bahawa ia bagi memenuhi keperluan yang ditetapkan Jakim. -mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s