KSN Kata Mohd Arif Berkredibiliti

KETIKA melantik Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Arif Ab Rahman pada 16 Oktober 2015, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyatakan Mohd Arif seorang yang berpengalaman dan Berkredibiliti.
arif-sprm
Berikut disertakan laporan penuh laporan Bernama pada tarikh itu:

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dilantik sebagai KSU Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang baharu, berkuat kuasa hari ini. Beliau menggantikan Datuk Seri Ibrahim Muhamad yang tamat tempoh perkhidmatan kontrak.
ali-hamsa
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini berkata kelayakan, pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki Mohd Arif akan membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

“Ini selaras dengan misi kementerian dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar secara menyeluruh dan berkesan,” katanya. Mohd Arif, 58, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya, menyertai perkhidmatan awam selama lebih 33 tahun bermula dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Disember 1981.

Antara jawatan lain yang pernah disandangnya adalah Timbalan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Pegawai Kewangan Negeri Selangor; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Negeri Subang Jaya dan Pegawai Daerah Sepang.

Dalam pada itu, Ali bagi pihak kerajaan Persekutuan, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ibrahim atas segala sumbangan dan bakti beliau kepada perkhidmatan awam serta negara selama lebih 36 tahun. – BERNAMA.

Sementara itu, sebelum tarikh berkenaan iaitu pada 26 Mac 2012, Datuk Dr Hasan Ali telah membangkitkan perkara sama mengenai tokoh ini:

Dr Hasan dalam video itu mahukan SPRM menyiasat akan bukti-bukti yang beliau berikan kemungkinan salah laku Mohd Arif kepada kerajaan Selangor.

Menteri Besar Selangor pun tidak pernah membangkitkan perkara ini dan inilah sebabnya ada orang mengaitkan Mohd Arif dengan kerajaan Selangor.

Dan, minggu ini barulah SPRM menangkap Mohd Arif dan mendedahkan menjumpai lebih RM3 juta wang tunai, jongkong emas, kereta dan beg berjenama mewah.

Oh Malaysiaku!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s