McDonald’s Singapura Tidak Benarkan Bawa Masuk Makanan Tidak Halal Sejak 20 Tahun lalu

CARA berfikir sesetengah kalangan rakyat negara ini khususnya yang belum muslim serta bersikap rasis, tertinggal lebih 20 tahun ke belakang berbanding rakyat negara lain termasuk Singapura, dalam hal-hal berkaitan makanan halal.
mcd
Oleh sebab kurang biasa dengan perkara ini, mereka dengan tidak sengaja atau sengaja mencetuskan sesuatu yang boleh menimbulkan kontroversi, supaya wujud rasaan tidak puas hati di kalangan rakyat.

Minggu lalu, beberapa media kepunyaan bukan muslim menyerang restoran McDonald’s atas polisi tidak membenarkan membawa masuk makanan tidak halal ke premis restoren berkenaan, sedangkan sudah menjadi perkara biasa bagi mana-mana kedai makan termasuk restoran mamak.

Rangkaian makanan segera McDonald’s di Singapura telah melaksanakan dasar tidak membenarkan membawa masuk makanan tidak halal ke restoran mereka, sejak dua dekad yang lalu.

Channel 8 News Singapura melaporkan McDonald’s Singapura mengkehendaki para pelanggannya yang menyambut ulang tahun di premisnya untuk menyediakan sijil halal bagi kek yang dibawa.

Langkah ini bertepatan dengan pensijilan halal yang diberikan kepada restoran makanan segera daripada Majlis Ugama Islam Singapura(MUIS) pada tahun 1992.

Sebaik sahaja McDonald’s yang mengamalkan polisi “Tiada makanan luar dibenarkan”; kecuali kek harijadi yang halal, ianya telah menjadi isu yang sengaja dipanaskan.

Mengapa?

Tiada yang salah pun dengan langkah restoran makanan segera itu dan inilah sebabnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memuji langkah McDonald’s.
othman
Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, usaha McDonald’s itu mencerminkan komitmennya dalam memastikan status halal terpelihara, selaras dengan dasar pengeluaran sijil halal oleh jabatan berkenaan mengikut Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (semakan ketiga) 2014.

Polisi itu bukan sesuatu yang baharu kerana banyak pengusaha makanan telah mengamalkan “polisi makanan luar tidak dibenarkan” yang telah menjadi kebiasaan di kalangan rakyat Malaysia.
Tidak terkecuali, Air Asia juga tidak membenarkan makanan dari luar.

Oleh sebab perkara ini jelas, maka mereka yang sengaja ingin mencetuskan kontroversi dan serangan persepsi negatif serta mempunyai niat yang kurang baik.

Niat kurang baik itu mungkin untuk merosakkan reputasi restoran halal McDonald’s Malaysia atau sengaja ingin memburukkan imej Pensijilan Halal Malaysia yang dicontohi dan disanjung tinggi diseluruh dunia.

Apa yang pasti, polisi Kek Halal McDonalds ini disokong oleh majoriti rakyat Malaysia. Hanya segelintir sahaja yang bersifat rasis dengan cuba kononnya ingin memboikot McD. Rasanya pasti tidak berjaya.

Pensijilan Halal Malaysia telah jauh kehadapan, usahlah bersikap jumud dan mundur serta paling penting jauhi sikap rasis yang boleh menggugat keharmonian pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

-SAHABAT HALAL

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s