Shukry Salleh Pengerusi Bank Rakyat Baharu

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh dilantik menggalas jawatan Pe­nge­rusi Bank Rakyat yang baharu berkuatkuasa kelmarin.
syukri
Menteri Perdaga­ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin ber­kata, pihaknya merakamkan se­tinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Alias Ahmad yang bertanggungjawab sebagai Pengerusi Sementara Bank Rakyat bermula 30 Ogos 2016 sehingga Isnin lalu.
Katanya, Shukry ber­pengalaman luas dalam bidang pengurusan keselamatan dan pembangunan di peringkat negeri dan persekutuan menerusi kerjayanya bersama perkhidmatan awam selama ini.

“Shukry merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Dasar Sosial dari Universiti of Hull, Britain.

“Pelantikan beliau diharap dapat memperkukuhkan kedudukan Bank Rakyat selaku bank koperasi Islam terbesar negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum menjawat jawatan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Shukry pernah meme­gang beberapa jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan an­taranya, Penolong Setiausaha Kementerian Pertahanan, Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Sabah, Pengarah Jabatan Pendaftaran Perak, Pengarah Pejabat Pembangunan Kelantan, Pengu­rus Besar Lembaga Kemajuan Ke­lantan (Kesedar) dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pe­lak­sanaan (UPP) Jabatan Perdana Menteri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s