Pengurangan Kouta Haji: Keputusan Muktamad Hujung Januari Ini

PUTRAJAYA: Jumlah sebenar kuota haji untuk jemaah Malaysia hanya akan ditentukan selepas kerajaan menerima pengesahan rasmi pihak Arab Saudi mengenai tindakan negara itu menarik balik pengura­ngan kuota berkenaan se­per­ti dilaporkan sebuah akhbar di sana.
jamil4

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan sedang me­nunggu maklumat rasmi ber­hubung perkara itu daripada Kementerian Haji Arab Saudi dan pihak kedutaan negara berkenaan.

“Saya akan mendapat­kan maklumat lengkap me­ngenai perkara ini dalam mesyuarat menteri-menteri haji yang bakal berlangsung di Arab Saudi pada hujung Januari ini.

“Setakat ini kita belum menerima sebarang hitam putih seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar di Arab Saudi,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Akhbar Arab Saudi, Saudi Gazette semalam melaporkan bahawa kerajaan negara itu meluluskan cadangan untuk menarik balik pengurangan kuota haji bagi jemaah tempatan dan a­sing yang dilaksanakan pada 2013 berikutan kerja-kerja pembesaran Masjidilharam.

Cadangan itu telah dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Mahkota Muhammad Naif.

Kerajaan Arab Saudi pa­da 2013 telah mengurang­kan kuota tersebut se­­ba­­nyak 20 peratus bagi jemaah dari luar negara ma­nakala 50 peratus bagi je­maah negara itu sendiri atas faktor kerja-kerja pembesaran Masjidilharam.

Langkah itu mengakibatkan kuota jemaah Malaysia dikurangkan kepada 22,320 orang sejak 2013 hingga tahun lalu, berbanding 27,900 jemaah pada sebelumnya yang ditetapkan berdasarkan 0.1 peratus daripada jumlah penduduk.

Jamil Khir menjelaskan, kerajaan dan Tabung Haji akan mengambil kira persiapan jemaah Malaysia sekiranya kuota haji untuk musim akan datang kembali kepada asal.

“Ingin dijelaskan di sini bahawa meskipun jumlah jemaah kembali kepada asal, tetapi kemudahan yang bakal dinikmati dan kos menunaikan ibadah haji bagi jemaah Malaysia ke­kal pada kadar sedia ada seperti ditetapkan Tabung Haji,” jelas beliau.-utusan

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s