Semua Pihak Perlu Hormati Mufti – Jamil Khir

KUALA LUMPUR: Mufti merupakan individu yang di­pilih bagi menjelaskan segala kekeliruan dan kemusykilan dalam bidang agama dan tidak boleh dipertikaikan pe­ra­nan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mufti bukan individu yang boleh diperkotak-katikkan dan dikaitkan dengan politik kerana mereka sendiri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membantu dan menasihati dalam perkara berkaitan hukum syarak.

“Jika tidak arif tentang hukum, le­bih baik berdiam diri daripada sewenang-wenangnya menuduh mufti ter­paksa bercakap sedemikian kerana dibayar dan be­kerja dengan kerajaan.

“Keputusan yang dikeluarkan oleh mufti seharusnya dihormati walaupun kita mempunyai perbezaan pendapat dan politik. Soal mabrur atau tidak itu bukan tugas kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

JOHOR BAHRU, 7 Nov -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diringi Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersalaman dengan para tetamu selepas merasmian Persidangan Wakaf Antarabangsa Johor 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hari ini.    Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalip Abd Rahim (belakang). --fotoBERNAMA(2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHRU, 7 Nov — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diringi Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersalaman dengan para tetamu selepas merasmian Persidangan Wakaf Antarabangsa Johor 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalip Abd Rahim (belakang).
–fotoBERNAMA(2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menolak pandangan beberapa pihak terma­suk mufti yang tidak bersetuju de­ngan kenyataan yang menyifatkan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji yang mabrur.

Malah, Dr. Mahathir turut mendakwa mereka yang me­nyangkal kenyataannya telah dibayar untuk bercakap demikian manakala mufti perlu menafikan apa yang diperkatakannya kerana mereka di pihak kerajaan.

Dr. Mahathir sebelum ini men­dakwa haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada duit penajaan program tersebut kononnya haram kerana dicuri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ekoran kenyataan itu ramai pihak menyangkalnya termasuk mufti dari Pahang, Kelantan dan Perak. – Utusan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s