Mufti Bukan Pengampu Kerajaan – J/K Fatwa

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menegaskan bahawa mufti bukan pengampu kerajaan sebaliknya pandangan mereka mengenai 1MDB adalah berdasarkan nas dan ilmu.
mufti
Pengerusinya Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu sedar mufti ada ketikanya memberikan pendapat yang berbeza dengan pimpinan kerajaan kerana mereka bebas daripada politik.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh para mufti berdasarkan kajian dari sumber ilmiah dan bukannya pandangan peribadi semata-mata.

“Sebab itu sebelum ini para mufti pernah memberi teguran seperti isu murtad, konsert hiburan dan virus zika walaupun tidak selari dengan pemerintah,” beliau dilaporkan sebagai berkata oleh Utusan Malaysia.

Abdul Shukor berkata amat menyedihkan apabila golongan mufti yang ikhlas memberi nasihat berhubung isu haji mabrur yang ditimbulkan oleh Dr Mahathir akhirnya dituduh dibayar hanya disebabkan pandangan tidak selari dengannya.

“Kita hormat Dr Mahathir sebagai seorang negarawan tetapi beliau jangan sampai campur aduk urusan agama dengan agenda politik kerana apabila gaul sekali dalam satu bakul habis semua terpalit kena (mufti),” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Sabtu lalu Dr Mahathir berkata jemaah haji di masa depan tidak lagi boleh berpura-pura jahil mengenai wang haram daripada dana 1MDB yang digunakan untuk menghantar mereka ke Mekah.

Dr Mahathir berkata jemaah haji tajaan 1MDB tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan dana daripada sumber yang dicuri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu katanya golongan mufti telah diampu, di bodek malah tidak lagi bebas bersuara.

Malah katanya apabila seseorang itu menjadi mufti dalam kerajaan mereka perlu memuji pemerintah. – Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s