Abang Jo Pastinya Akan Terus Mendaulatkan Islam

PELANTIKAN Datuk Abang Johari Abang Openg yang baru mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam, di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, di Balai Mengadap Utama, Astana Negeri, akan terus meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Negara.

Sebagai Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) beliau tentunya akan mempertahankan Perlembagaan Negara dan mendaulatkannya.
abang-jo3
Berita Harian hari ini melaporkan Abang Johari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok berusia 67 tahun adalah anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama, Tun Abang Openg. Abang Johari turut memegang jawatan sebagai Menteri Perumahan dan Urbanisasi dan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak.

Abang Johari menggantikan Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia 1.24 tengah hari Rabu kerana komplikasi jantung. Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu yang lengkap berpakaian Baju Melayu hitam, mengangkat sumpah jawatan pada 4.10 petang.

Upacara itu disaksikan isteri beliau Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang, anggota-anggota Kabinet negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan kakitangan kanan awam.

Abang Johari atau dikenali mesra dengan nama Abang Jo, adalah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Adenan, selain Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri Dr James Masing.

Merupakan seorang ahli politik veteran, Abang Johari berkecimpung dalam politik lebih daripada 30 tahun dan ADUN Satok selama sembilan penggal. Abang Johari yang berkelulusan ijazah pentadbiran perniagaan dari Universiti United Kingdom, pertama kali bertanding bagi kerusi itu, pada 1981.

Beliau mempunyai 10 orang adik beradik daripada keluarga ternama Sarawak yang mempunyai sejarah panjang di negeri ini. Allahyarham bapanya adalah Yang Dipertua Negeri Sarawak pertama selepas Sarawak mencapai kemerdekaan daripada Britain dan selepas pembentukan Malaysia pada 1963.
abang-jo1
BIDDATA

Datuk Abang Johari Openg
– Berusia 67 tahun – Dilahirkan di Limbang
– Isteri, Datin Amar Juma’ani Tuanku Bujang, 68
– Mempunyai dua anak, Abang Abdillah Izzarim, 37 dan Dayang Norjihan, 35
– Anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama, Tun Abang Openg

Jawatan:
– Timbalan Ketua Menteri
– Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
– Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok
– Menteri Perumahan dan Urbanisasi; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Pendidikan:

– Bersekolah rendah di Sekolah Merpati Jepang, Kuching
– Sekolah Menengah di Sekolah Menengah St Joseph, Kuching
– Mempunyai Masters dalam Pengurusan Perniagaan dari Brunnel University, United Kingdom Sebelum Terbabit dalam politik:
– pernah berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) di Bahagian Perhubungan Korporat Sejarah Pembabitan Politik:
abangjo
– Mula aktif dalam politik bermula 1977
– Pada 1981, menang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok
– Pada 1982, dilantik sebagai Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Tun Abdul Taib Mahmud Jawatan Lain Dalam Kerajaan Negeri Sarawak:
– Pada 1984, dilantik sebagai Menteri Muda Kemajuan Wilayah dan Pembangunan Masyarakat
– Pada 1987, dilantik sebagai sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian – Pada 2000, dilantik sebagai Menteri Pelancongan – Pada 2004, dilantik sebagai Menteri Perumahan

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s