Mahdzir Tegur Timbalan Presiden Gerakan

KUALA NERANG, 15 Jan: Menteri Pendididkan Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan bahawa sekolah agama yang terbentuk di negara ini berfungsi sebagai pusat pendidikan akhlak dan moral serta pembangunan insan sejak puluhan tahun. Sekolah itu bermula pada zaman lampau sebagai sekolah pondok yang menjadi medium pendidikan tidak formal bagi masyarakat Melayu mempelajari agama.
mahdzir
“Sekolah ini terus berkembang dan menjadi pusat pendidikan akademik berasaskan kurikulum rasmi negara,” tegas beliau.

“Oleh itu berhati-hatilah dalam mengeluarkan kenyataan menuduh mana-mana sekolah yang ada dalam sistem pendidikan di negara ini terbabit dalam aktiviti keganasan,” kata Mahdzir semalam.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat dan Program Anak Angkat Universiti Sains Malaysia (USM), di Kampung Keda, Pasir Putih, Kuala Nerang di sini.

Mahdzir menegur Timbalan presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau yang mendakwa sekolah agama sebagai ancaman kepada perpaduan kaum di negara ini.

Namun, selepas mendapat kritikan, Lau menarik balik kenyataan itu. Mahdzir berkata jika ada pihak yang ingin mengaitkan sekolah agama sebagai ancaman kepada perpaduan, adalah penting mereka terlebih dahulu memahami latar belakang pendidikan agama di negara ini.

“Tidak patut menuding jari mengatakan sekolah agama ada kaitan dengan mana-mana pengganas kerana semuanya dipantau rapi oleh kerajaan walaupun ia sekolah persendirian.

“Jika ada insiden yang berlaku, pihak yang mendakwa perlu spesifik dan tidak melabelkan sekolah agama secara keseluruhan,” kata beliau.

Katanya, kewujudan sekolah jenis kebangsaan (SJK) (Cina dan Tamil) atau sekolah agama yang menggunakan bahasa ibunda adalah bukti perpaduan pelbagai kaum di negara ini dan ia perlu dihormati. ― Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s