Zainal Rahim Dilantik Ketua Pengarah JPA

PUTRAJAYA: Datuk Seri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa pada Isnin, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
zainal-rahim-seman
Zainal Rahim, 59, yang sebelum ini Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), menggantikan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Disember lepas.

“Beliau berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran tanah dan daerah, pengurusan sumber manusia dan pengurusan projek pembangunan menerusi karier perkhidmatannya,” kata Ali dalam kenyataan mengenai pelantikan tersebut.

Zainal Rahim, yang berkhidmat lebih 33 tahun dalam perkhidmatan awam, pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ali turut merakamkan penghargaan kepada Mohamad Zabidi atas sumbangan dan khidmat baktinya kepada perkhidmatan awam dan negara selama lebih 35 tahun. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s