Kandungan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum Selamat – KKM

19 JAN: Kementerian Kesihatan mendapati kandungan benzoil peroksida yang terdapat dalam pelbagai jenama tepung gandum di pasaran adalah di bawah kadar yang dibenarkan.
kkm1
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bahan benzoil peroksida disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan pada jumlah tertentu yang ditetapkan badan penilai antarabangsa, Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additive (JECFA).

Katanya, berdasarkan Suruhanjaya Codex Alimentarius (CAC) iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme telah membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 miligram (mg)/kilogram (kg).

“Di samping itu, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum juga dibenarkan di negara-negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ia digunakan dalam semua makanan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau mengulas laporan beberapa akhbar tempatan bertarikh 16 Januari mengenai kandungan bahan peluntur benzoil peroksida dalam tepung gandum di pasaran, yang didakwa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) boleh menjejaskan kesihatan.
kkm2
Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kesihatan pengguna sekiranya terdapat bukti-bukti saintifik terkini yang membuktikan mana-mana bahan dalam makanan adalah berbahaya kepada kesihatan.

“Ini termasuk mengkaji semula apa-apa peraturan makanan sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Kementerian sentiasa memantau isu-isu terkini berhubung keselamatan makanan. Hasil pemantauan yang dilakukan ke atas pelbagai jenama tepung di pasaran menunjukkan kandungan benzoil peroksida adalah di bawah kadar yang dibenarkan,” katanya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan http://www.facebook.com/bkkmhq.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s