Parlimen Shah Alam Akan Kosong

Kerusi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad akan kosong kerana Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini mendapati beliau bersalah mengajar tanpa tauliah di sebuah surau di Klang pada 2011 dengan dijatuhi hukuman denda RM2,900 atau tiga bulan penjara.
khalid-samad
Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan seseorang ahli Parlimen tergugur jika disabitkan kesalahan kurang daripada RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Klang, Mohd Hairuddin Ab Rahim dalam penghakimannya berkata mahkamah berpuas hati dengan segala hujah yang diberi dan telah mempertimbangkan alasan kedua-dua pihak

Khalid sebelum ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Klang atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di Surau Taman Semanta, Klang, pada 16 Ogos 2011, mengikut Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Selangor.

Mahkamah Syariah memerintahkan Khalid untuk membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap beliau.

Bagaimanapun, beliau dikatakan akan membuat rayuan untuk melambat-lambatkan kes ini bagi membolehkan beliau terus memegang jawatan berkenaan. Begitupun, beliau tidak boleh untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang sekalipun kes ini dalam rayuan.

Beliau bertanding ahli Parlimen Shah Alam atas tiket Pas tetapi kini telah memasuki parti serpihan Pas, Parti Amanah Negara (Amanah). Keputusan ini memberi banyak kebaikan kepada Pas untuk meletakkan calonnya dan begitu juga UMNO akan meletakkan calonnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s