Jawapan Terhadap Rafizi: Mengapa Tabung Haji Lupuskan Saham Dalam Perisai

HARI INI, sama seperti semalam, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengulangi mengenai pelupusan saham Tabung Haji sebanyak 10.3 juta saham dalam sebuah syarikat minyak bernama Perisai Petroleum Teknologi Berhad (Perisai).

Perisai ialah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan menyewakan sistem carigali minyak (rigs) kepada syarikat-syarikat minyak yang terlibat di dalam aktiviti carigali minyak.
rafizi-haji
Walaupun Rafizi turut menyentuh dalam sidang akhbar hari ini mengenai pembabitan Tabung Haji dalam TH Heavy Engineering, Alam Maritim dan Reach Energy, tetapi maklumat berkenaan pernahpun dikemukakan sebelum ini.

Malah, beliau pada 8 April lalu telah didakwa di sebuah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk satu pertuduhan jenayah memfitnah Tabung Haji di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Sama-sama kita tunggu kesudahan kes ini.

Industri berkaitan petroleum dan gas merupakan satu perniagaan yang sangat menguntungkan sebelum ini, malah banyak universiti menawarkan program berkaitan bidang ini kerana peluang pekerjaan yang begitu luas.

Tabung Haji juga tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama dengan negara dalam memajukan industri ini.

Namun, iklim ekonomi dunia berubah-ubah sesekali dia menyerang pasaran saham, kadang-kala industri perkilangan dan hampir tidak ada industri yang tidak menghalang pasang surutnya, hatta industri perkhidmatan.
tabung-haji
Tahun 2016 merupakan tahun ketiga berturut-turut pasaran saham tempatan mencatatkan pulangan negatif, di mana indeks FBM KLCI telah menurun sebanyak 50.8 mata dari paras 1,692.5 mata pada 31 Disember 2015 kepada paras 1,641.7 pada 31 Disember 2016.

Pelaburan TH dalam Perisai kerana syarikat tersebut memiliki asset rig eksplorasi yang baik dan prospek syarikat yang menarik.

Bagaimanapun, kejatuhan harga minyak sedunia telah mengakibatkan harga saham Perisai dan harga saham minyak dan gas yang lain telah jatuh mendadak.

Dalam masa yang sama, pengurangan perbelanjaan oleh Petronas telah mangakibatkan kekurangan kontrak baharu kepada syarikat perkhidmatan minyak dan gas.

Segmen rig eksplorasi di Malaysia juga menunjukkan kemerosotan dalam kadar penggunaan aset.

Pada tahun 2014, aset yang digunakan bejumlah 7 hingga 10 rig berbanding 3 hingga 5 rig sekarang. Di peringkat global, kadar penggunaan rig menurun sebanyak 50% dari 3,570 rig pada Disember 2014 kepada 1,772 rig pada Disember 2016.

Kekurangan kontrak baharu ini telah mengakibatkan kedudukan kewangan Perisai menjadi lemah. Akibat daripada itu, Perisai gagal membayar balik bayaran pokok and faedah untuk hutangnya yang berjumlah SGD125 juta. Ekoran daripada itu, Bursa Malaysia telah mengklasifikasikan syarikat tersebut sebagai PN17.

Daripada sudut pelaburan, Perisai merupakan salah satu saham di dalam potfolio pelaburan ekuiti Tabung Haji. Dalam portfolio, tidak semua pelaburan akan menghasilkan keuntungan. Walau bagaimanapun, portfolio pelaburan ekuiti Tabung Haji tetap mencatatkan keuntungan.

Hasil daripada keuntungan pelaburan dalam pelbagai sektor, Tabung Haji mampu memberi subsidi haji yang melebihi RM200 juta pada tahun 2016.
annual-report-tabung-haji-2015
Kemerosotan harga Perisai berlaku terlalu mendadak akibat daripada statusnya sebagai PN17. Tabung Haji telah mengambil keputusan untuk membuat rosot nilai sepenuhnya apabila syarikat tesebut disenaraikan sebagai PN17.

Tindakan pelupusan saham Perisai oleh Tabung Haji telahpun diumumkan di Bursa Malaysia, mengikut prosedur yang sepatutnya. Tabung Haji tidak ada niat untuk menutup kerugian dalam pelaburan Perisai.

Setelah menilai kembali prospek Perisai, Tabung Haji telah mangambil keputusan untuk melupuskan kesemua pegangan dalam Perisai.

Moga Rafizi dapat mengamati suasana ekonomi semasa dan tidak dengan begitu berpolitik, atau mengaitkan dengan sesuatu yang biasa dilakukannya – iaitu MENGHASUT.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s