Dah Bersara Kini 63 Tahun, SPRM Tahan Bekas YDP Majlis Bandaran Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran sebuah daerah di Negeri Sembilan bergelar Datuk kerana disyaki terlibat rasuah dan salah guna kuasa.
sprm
Turut ditahan dalam operasi yang dilancarkan SPRM ialah tiga kontraktor yang disyaki telah dianugerahkan beberapa projek melibatkan pejabat daerah dan Majlis Perbandaran di mana suspek pernah bertugas.

Menurut sumber, suspek berusia 63 tahun yang telah bersara itu ditahan di kediamannya di Seremban pada kira-kira jam 11.30 pagi Isnin.
“Suspek dipercayai telah melakukan kesalahan-kesalahan berkenaan ketika memegang jawatan pegawai daerah dan YDP perbandaran sejak September 2009 hingga Ogos tahun lepas.

“Berdasarkan siasatan SPRM dan pengumpulan maklumat awal, suspek dipercayai pernah bercuti bersama kontraktor-kontraktor tersebut di luar negara pada September 2015,” katanya kepada Bernama.
sprm-kedah

sprm-golf
Menurut sumber, maklumat yang diperoleh menunjukkan pakej percutian suspek yang juga termasuk untuk bermain golf di Medan, Indonesia ditaja oleh kontraktor-kontraktor berkenaan.

“Sebuah kenderaan Toyota Camry telah dibelikan oleh kontraktor-kontraktor tersebut untuk kegunaannya,” katanya.

Menurut bukti yang diperoleh, pembelian tersebut tidak dibentangkan dalam mesyuarat bajet dan perolehan.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan itu dan pihaknya sedang mengenal pasti beberapa individu lagi untuk membantu siasatan.

Beliau berkata setakat ini SPRM telah merampas dokumen-dokumen daripada kesemua suspek yang dipercayai berkaitan dengan siasatan SPRM.
“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Pada Sabtu lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki telah mengenal pasti beberapa penjawat awam yang masih berdegil bermain golf di luar negara dengan tajaan orang berkepentingan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s