JAKIM Sifatkan Valet Doa Sebagai Usaha Menjaja Agama

kaabah
Berikut dikemukakan kenyataan penuh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Dri Othman Mustapha mengenai perniagaan doa untuk dilafazkan di Makkah.
othman
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ingin memberi peringatan kepada umat Islam agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan individu atau pertubuhan yang menawarkan pakej khidmat valet doa (servis doa) di kota suci Makkah dengan harga tertentu termasuk harga diskaun.

2. Doa adalah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Allah SWT. Islam sangat menggalakkan umatnya untuk berdoa di mana sahaja mereka berada. Doa perlu menepati syarat dan adab agar ia dimakbulkan oleh Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama’.

3. Adalah sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian agama Islam. Hak termakbulnya doa adalah milik Allah SWT semata-semata, bukan terletak kepada manusia. Ia tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah. Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah SWT. Pakej valet doa ini jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam.

4. Jakim juga menyarankan agar umat Islam memberikan maklumat kepada Jakim dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap sesuatu isu seperti ini demi menjaga kemaslahatan dan kesucian Islam di negara ini.

OTHMAN MUSTAPHA
15 FEBRUARI 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s