Wilayah Persekutuan Wujudkan Klinik Hukum Jawab Isu Agama

KLINIK HUKUM telah diwujudkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam media sosial untuk membolehkan orang ramai termasuk mereka yang belum muslim, untuk bertanyakan isu-isu keagamaan.

Memandangkan terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak fasih dengan media sosial, Mufti Wilayah Persekutuan bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan turun ke masjid untuk memberikan penjelasan terhadap isu agama yang menjadi kemusykilan masyarakat.
klinik-agama1
Klinik hukum yang diberi nama “Irsyad al-Fatawi wa al-Ahkam” (IFA) ini juga dijalankan beberapa kali dalam sebulan di masjid-masjid terpilih seluruh Wilayah Persekutuan bermula jam 12 hingga 1 tengahari pada hari Jumaat.

Ketika Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dan Pelancaran Klinik Hukum Irsyad Al-Fatawi wa Al-Ahkam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom berkata, Klinik Hukum akan dapat memberi maklumat tepat dengan sumber meyakinkan dalam menjawab perrmasalahan agama di kalangan umat Islam.

Klinik Hukum ini memberi fokus untuk membantu sesiapa mendapatkan khidmat nasihat, pandangan dan hukum-hakam agama daripada panel-panel yang telah dilantik.
klinik-hukum2
Dr Zulkifkli berkata, Klinik IFA akan dikendalikan oleh panel-panel berkelayakan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Sebarang persoalan keagamaan, nasihat atau panduan boleh diajukan terus kepada panel Klinik IFA bagi mendapatkan jawapan.

“Tidak ada lain hasrat kami kecuali untuk menimbulkan kesedaran akan perlunya usaha memasyarakatkan fatwa dan membudayakan ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan tanpa mengira agama dan bangsa. Ia diharapkan dapat menyumbang sedikit kepada usaha rejuvenasi institusi kefatwaan di Malaysia,” katanya.
klinik-hukum4
Terbaru, Klinik Hukum juga dibuka di ibu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Putrajaya pada waktu bekerja. Anda dipersilakan hadir dan kami bersedia membantu memberi solusi/meringankan permasalahan anda. Di sini, kami sediakan 3 bilik khas yang selesa, berhawa dingin dengan suasana yang kondusif untuk anda.
klinik-hukum5

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s