Dua Pengarah Pemangkin Dalam Prosiding Dikomitkan Ke Penjara

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) untuk memulakan prosiding untuk mengkomitkan ke penjara dua pengarahnya iaitu Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim kerana engkar mematuhi perintah mahkamah untuk mentarakan aset-aset kepunyaan mereka dan Pemangkin, 29 September 2016.

Dua pengarah inilah yang kemudiannya membuat dakwaan di media Malaysiakini bahawa mereka menyaman YaPEIM RM20 juta.

Mahkamah juga memberikan perintah injunksi bagi membekukan kjesemua akan bank Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim untuk meindungi harta, aset dan kepentingan Pemangkin.

Berikut disertakan kenyataan penuh YaPEIM.
abibullah

YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
KENYATAAN MEDIA
BERHUBUNG KES YAYASAN PEMBANGUNAN ANAK YATIM/MISKIN (PEMANGKIN) TERHADAP JAMIL KHIR, YaPEIM DAN YANG LAIN-LAIN
http://www.malaysiakini.com/ news/372687

Kami merujuk kepada laporan media sosial Malaysiakini hari ini (16.02.2017) menyatakan bahawa Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berserta 7 individu yang lain telah disaman oleh Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim sebanyak RM20 juta. Setakat jam 7pm hari ini 16.02.2017, saman tersebut tidak lagi diserahkan ke atas mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan umum, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) terlebih dahulu pada 29.11.2016 telah menyaman kedua-dua Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim tersebut yang merupakan pengarah-pengarahnya melalui Writ Saman No. WA-22NCC-404-11/2016 secara tindakan terbitan (derivative action) di mana perintah injunksi diperolehi bagi membekukan kesemua akaun bank Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim untuk melindungi dan memelihara harta, aset-aset serta kepentingan PEMANGKIN.

Pada 23.01.2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga di dalam kes yang sama, telah memberikan kebenaran memulakan prosiding untuk mengkomitkan ke penjara (commit to prison proceeding) terhadap Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim di atas keingkaran mereka bagi mematuhi perintah Mahkamah mengarahkan mereka menyatakan aset-aset kepunyaan mereka dan PEMANGKIN.

Memandangkan setakat ini pihak kami masih belum diserahkan dengan writ saman tersebut, kami tidak mengetahui apakah kausa tindakan (cause of action) terhadap kami dan memohon agar ianya dapat diserahkan dengan serta merta bagi membolehkan membersihkan nama kami di Mahkamah dengan secepat mungkin. Kami juga mempunyai keyakinan penuh dengan sistem kehakiman negara serta percaya keadilan sentiasa ditegakkan.

KETUA PENGARAH YaPEIM
DATO’ ABIBULLAH HJ. SAMSUDIN
16 FEBRUARI 2017

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s