Mahkamah Tinggi Benarkan Injunksi Terhadap Dua Pengarah yang Mengaku Wakili Pemangkin

abibullah
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan injunksi terhadap dua Pengarah Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin iaitu Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim untuk membekukan akaun bank mereka, dan seterusnya akan meneruskan prosiding untuk mengkomitkan mereka berdua ke penjara.

Mahkamah juga memutuskan bahawa Datuk Shahlan Ismail, seorang lagi Pengarah Pemangkin mempunyai hak untuk bertindak (locus standi) bagi mewakili ahli minoriti Pemangkin untuk menyaman dua pengarah terbabit.

“Mahkamah juga selanjutnya memutuskan bahawa saya sebagai ahli minoriti PEMANGKIN mempunyai locus standi di dalam kes ini dan juga terdapatnya pengurangan wang di dalam akaun Pemangkjin yang belum diakaunkan oleh Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil bin Hashim,” kata Sahlan dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Mohd Yusoff dan Ahmad Fazil menyatakan pihaknyalah yang berhak mewakili Pemangkin dan menyaman YaPEIM sebanyak RM20 juta.

Berikut disertakan kenyataan penuh beliau.

sahlan-ismail
KENYATAAN MEDIA
BERHUBUNG KES YAYASAN PEMBANGUNAN ANAK YATIM/MISKIN (PEMANGKIN) TERHADAP YaPEIM DAN YANG LAIN-LAIN

Saya merujuk kepada kenyataan-kenyataan di atas yang dilaporkan oleh pelbagai media.

Buat pengetahuan umum, saya sebagai ahli minoriti PEMANGKIN telah memfailkan writ saman WA-22NCC-404-11/2016 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur secara tindakan terbitan (derivative action) untuk dan bagi pihak PEMANGKIN di mana injuksi-injuksi diperolehi bagi membekukan akaun-akaun bank Mohd Yusoff A Bakar, Ahmad Fazil bin Hashim serta PEMANGKIN.

Saya juga secara peribadi telah menfailkan satu lagi saman terhadap Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil bin Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur No. WA-24NCC-522-12/2016 bagi membatalkan mesyuarat PEMANGKIN yang memecat saya sebagai Pengarah dan melucutkan mandat saya sebagai penandatangan akaun bank PEMANGKIN dengan hanya memberi 1 hari notis sahaja.

Alhamdulillah, sukacita saya memaklumkan bahawa pada pagi Jumaat yang mulia ini 17.02.2017, kes Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur WA-22NCC-404-12/2016 telah memutuskan membenarkan injunksi-injunksi terhadap Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil bin Hashim bagi meneruskan dengan pembekuan akaun-akaun bank mereka.

Mahkamah juga selanjutnya memutuskan bahawa saya sebagai ahli minoriti PEMANGKIN mempunyai locus standi di dalam kes ini dan juga terdapatnya pengurangan wang di dalam akaun PEMANGKIN yang belum diakaunkan oleh Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil bin Hashim.

Saya di sini memohon agar Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil bin Hashim untuk menerima serahan kertas-kertas kausa untuk mengkomitkan mereka ke penjara yang ditetapkan untuk pengurusan kes pada 21.03.2017 dengan menghubungi peguamcara saya Tetuan Zain Megat & Murad, peguambela & peguamcara, D2-5-1, Blok D, Solaris Dutamas, No. 1 Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur, 03-62079331 (Megat/Shahir/Syara) bagi membuat temujanji.

Sehingga setakat 17.02.2017 pukul 5pm, saya masih belum menerima sebarang writ saman yang kononnya berjumlah RM20juta daripada Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil bin Hashim .

DATO’ HAJI SHAHLAN BIN ISMAIL
17 FEBRUARI 2017

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s