Yayasan Pembangunan Anak Yatim: Siapa Makan Duit Siapa ?

SEORANG ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskim (Pemangkin), Datuk Shahlan Ismail akan terus mempertahankan hak anak yatim daripada duit itu digunakan olehpihak-pihak tertentu yang ada kepentingan.
sahlan-ismail
Dalam facebooknya beliau menjelaskan mengenai kekeliruan orang ramai berkaitan kenyataanyang dibuat sesetengahpihakyang mendakwa mewakili Pemangkin yang menyaman Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Shahlan serta beberapa orang lagi,sedangkan perkara sebenar berlaku sebaliknya.

“Hangpa songlap wang amal jariah dan buat aniaya kpd org susah, aku tak akan biarkan. Aku pemegang amanah dan insyaAllah aku akan pastikan ia kembali seperti yg diamanahkan.

“Sekadar nak fitnah guna media burukkan nama aku dan lain2 ALP dgn memecat kami cara separuh masak itu, aku dah mangli. Tapi bila pecah amanah…kamu siap. Alhamdulillah, kelmarin mahkamah dah memihak pada aku,” katanya merujuk kepada kenyataan beliau dan YaPEIM disaman RM20 juta..

Dalam kenyataan akhbar, YaPEIM menjelaskan:

Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) terlebih dahulu pada 29.11.2016 telah menyaman kedua-dua Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim tersebut yang merupakan pengarah-pengarahnya melalui Writ Saman No. WA-22NCC-404-11/2016 secara tindakan terbitan (derivative action) di mana perintah injunksi diperolehi bagi membekukan kesemua akaun bank Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim untuk melindungi dan memelihara harta, aset-aset serta kepentingan PEMANGKIN.

Pada 23.01.2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga di dalam kes yang sama, telah memberikan kebenaran memulakan prosiding untuk mengkomitkan ke penjara (commit to prison proceeding) terhadap Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil Hashim di atas keingkaran mereka bagi mematuhi perintah Mahkamah mengarahkan mereka menyatakan aset-aset kepunyaan mereka dan PEMANGKIN.
abibullah
Shahlan berlaku, keputusan mahkamah jelas betapa siapa yang berhak terhadap pemangkin.

“Bila depa kebas wang amal jariah, aku buat court injunction dan berjaya dan mrk diperintah kemukakan kemana wang tuh semua pergi…hingga kini mereka gagal tunjuk acc kpd mahkamah. Ini dah berlarutan hampir 3 bulan. Betul2 naya semua bakal penerima bantuan….tak kah zalim namanya tuh.,” katanya.

end.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s