Tabung Haji Utamakan Jemaah Warga Emas 70 Tahun Ke Atas Tunaikan Haji – Asyraf Wajdi

PASIR PUTEH: Warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dijangka akan mendapat lebih banyak peluang untuk menunaikan ibadah haji tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
asyraf-isteri
Asyraf Wajdi berkata perkara itu mampu dicapai jika Kerajaan Arab Saudi meluluskan permintaan Malaysia untuk menambah kuota haji sehingga 30,000 jemaah pada satu-satu musim.

“Tiap-tiap tahun terdapat antara 10 dan 15 peratus jemaah yang telah disahkan untuk melaksanakan haji, menarik diri daripada melakukan ibadah itu.

“Berikutan kekosongan yang wujud, Tabung Haji akan memberi keutamaan kepada warga emas berumur 70 tahun ke atas untuk memenuhkan kuota yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bayaran insentif projek Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Padi musim utama 2016/2017 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin-Semerak kepada 233 peserta yang turut dihadiri pengarah agensi berkenaan, Nik Hamadi Nik Abdullah di sini, hari ini.

Pada 27 Feb lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik sebagai berkata Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud memberi respons positif terhadap permintaan Malaysia untuk menambah kuota haji sehingga 30,000 jemaah.
makkah
Perdana Menteri berkata dalam perbincangan dua hala antara kedua-dua negara hari ini, Raja Salman memaklumkan bahawa kerajaannya perlu memberi pertimbangan lebih mendalam.

Sementara itu, Nik Hamadi ketika berucap pada majlis itu berkata sehingga kini Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan lebih RM7 juta untuk meningkatkan taraf hidup 535 petani di Bachok dan Pasir Puteh dalam tempoh 2012 sehingga 2016.

Beliau berkata peruntukan itu diluluskan dibawah projek NKEA yang membabitkan kawasan seluas 781 hektar.
Katanya pada tahun ini Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM612,300 untuk faedah 233 petani yang mengusahakan bendang seluas 306.3 hektar di Bendang Tok Khamis, Bukit Yong, Kemudu Bongkok, Kemudu Bongkok Tambahan dan Gong Nangka.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s