RUU355 Tersenarai Dalam Agenda Ke-7 Mesyuarat Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR: Usul Rang Undang-Undang Ahli Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 tersenarai sebagai perkara ketujuh dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Notis usul rang undang-undang dikemukakan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS bertujuan meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Pindaan itu bagi menggantikan perkataan; “penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali” dengan perkataan “penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah”.

Minggu lalu, portal berita menyiarkan versi asal usul Hadi bagi membentangkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta 355 berada dalam Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen, tanpa sebarang pindaan yang dibuat pada November lalu.

Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata beliau menerima surat daripada Setiausaha Dewan Rakyat yang memohon maaf dan menjelaskan bahawa ia adalah satu kesilapan teknikal yang tidak disengajakan oleh Bahagian Pengurusan Dewan Rakyat.

Azalina dilaporkan berkata pihak Parlimen akan menggantikan usul berkenaan dengan usul baharu sebagaimana dipinda Ahli Parlimen Marang pada mesyuarat 24 November lalu dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/256881

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s