Solat Hajat dan Berdoa Jumaat Ini Agar konflik Korea Utara Selesai – Jamil Khir

SEMUA umat Islam digesa berdoa dan beramai-ramai menunaikan solat hajat sejurus selepas Solat Jumaat untuk memohon agar ketegangan hubungan diplomatik dengan Korea Utara dapat diselesaikan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, semua masjid-masjid utama Jakim akan mengadakan solat hajat selepas Solat Jumaat minggu ini.

Menurutnya, Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Putra Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya serta di semua masjid-masjid dan surau-surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengadakan solat hajat bermula pada 10 Mac 2017 ini dan berterusan sehingga kemelut ini selesai.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya kita sama-sama berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan serta perlindungan kepada Malaysia ekoran daripada penahanan 11 orang rakyat Malaysia di sana.

“Kita amat berharap agar konflik ini dapat diselesaikan dengan baik serta rakyat Malaysia di Korea Utara dapat kembali ke tanah air dengan selamat. Semoga usaha murni ini akan diberkati dan dirahmati Ilahi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memohon kerjasama dan jasa baik pihak Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri di seluruh negara agar turut sama mengadakan solat hajat di semua masjid di negeri masing-masing.

“Saya menyeru semua umat Islam di seluruh negara agar dapat beramai-ramai menunaikan solat hajat tersebut sejurus selepas Solat Jumaat,” katanya. – Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s