RUU 355 Tak Perlu Dipolemikkan – Syeikh Ghazali

Pemerkasaan institusi kehakiman khususnya bagi Mahkamah Syariah merupakan satu proses berterusan yang tidak seharusnya dipolemikkan oleh mana-mana pihak sehingga mengundang perbincangan secara tidak sihat terutamanya jika golongan terbabit tidak mempunyai ilmu dalam bidang berkenaan.


Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman

Menurut Penasihat Perundangan Syariah Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat seharusnya dilihat sebagai salah satu proses untuk meneruskan agenda memperkasakan institusi perundangan Islam dalam pelbagai aspek.

“Institusi kehakiman syariah semasa saya bermula dalam bidang ini bukan seperti hari ini yang mana kemudahan dan infrastruktur diwujudkan kerajaan pada tahap terbaik. Mahkamah Syariah pada zaman sebelum dan selepas merdeka dipanggil Mahkamah Qadi dan Mahkamah Rayuan dipanggil sebagai Jawatankuasa Ulang Bicara.

“Pada tahun 1971 semasa saya di Mahkamah Qadi, keputusan kes yang diputuskan perlu dibawa ke Mahkamah Majistret bagi membolehkan ia dilaksanakan dan Mahkamah Qadi adalah mahkamah satu peringkat sahaja sebelum dibawa ke Jawatankuasa Ulang Bicara,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu Sheikh Ghazali menyampaikan ucaptama sempena Forum Polemik Memperkasakan Mahkamah Syariah dan Perundangan Syariah di Malaysia yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Fakulti Undang-Undang di sini semalam.

Sheikh Ghazali berkata, ketika zamannya, prosedur melibatkan undang-undang syariah perlu mendapat pengesahan mahkamah sivil sehingga mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Islam memaksa satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji bidang kuasa perundangan syariah dan sivil pada tahun 1972.

“Jawatankuasa ini mengambil masa sembilan tahun untuk membuat kajian dan selepas itu, pada tahun 1982, satu lagi jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji semula laporan yang siap pada tahun 1981 tersebut.

“Pindaan demi pindaan di dalam institusi kehakiman syariah bukan perkara yang tidak boleh dilakukan, terutama jika semua pihak khususnya umat Islam menyedari kepentingan agar institusi ini ditambah baik terutama dalam sudut perundangan menyentuh soal hibah, mal serta undang-undang jenayah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s