Jamil Khir Ajak Golongan Jahil Dekati Dr. Zakir

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan penentangan pihak tertentu dengan kehadiran Dr. Zakir Naik sebagai golongan yang tidak pernah mendekati penceramah terkenal itu.

Bagi kerajaan Malaysia, katanya, setiap ceramah Dr. Zakir lebih kepada mempromosi soal menjaga kesepaduan kaum dan umat dengan mengambil pendekatan untuk memahami isi kandungan kitab ajaran agama masing-masing.

Tambahan pula, kata beliau, tidak pernah berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti rusuhan atau penolakan dalam majlis agama yang dihadiri penceramah antarabangsa itu.

“Kalau ada pihak yang bantah kehadirannya, mungkin disebabkan tanggapan mereka terhadap penceramah ini dan mungkin juga mereka tidak pernah bersama dalam majlis yang Dr. Zakir anjurkan.

“Dalam ceramahnya, beliau lebih mengambil pendekatan untuk memahami isi kandungan kitab-kitab ajaran agama masing-masing dan berhujah berdasarkan kitab-kitab tersebut termasuk memetik daripada buku kitab suci bagi masyarakat dan kaum agama lain.

“Pada saya, pihak berkenaan tidak ada kefahaman sebab itu berlaku penentangan kepada apa yang telah disampaikan oleh Dr. Zakir,” katanya di Parlimen hari ini.

Beliau mengulas tindakan 19 orang termasuk pengerusi kumpulan Hindraf, P. Waythamoorthy dan peguam Siti Kasim memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia pada 1 Mac lalu, kerana mendakwa melindungi Dr. Zakir.

Kumpulan itu mendakwa, pendakwah dari India itu mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

Menurut Jamil Khir, kerajaan memberi jaminan setiap kali menjemput penceramah, ada pemantauan dilakukan bagi memastikan tidak ada isu sensitif atau penghinaan kepada agama lain ditimbulkan.

“Pada masa sama, kerajaan sentiasa menggalakkan penceramah yang bersesuaian dan telah dikenali pasti mengamalkan ajaran Ahlil Sunnah Wal Jemaah dijemput menyampaikan ceramah.

“Dalam hal ini, Dr. Zakir adalah seorang pendakwah yang terkenal dan mendapat tempat di seluruh dunia, malah Malaysia pernah mengiktirafnya sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2013 berdasarkan ketokohan beliau dalam keilmuan dimiliki.

“Tokoh perbandingan agama ini sangat dihormati dan mementingkan hujah ilmiah, akademik dan fakta tepat dengan merujuk kepada sumber asli sesuatu agama dalam setiap ceramahnya,” ujar beliau.

Katanya, ceramah Dr. Zakir juga tidak memprosmosikan perpecahan atau perbalahan, malah sering dihadiri oleh tokoh bukan Islam. – MalaysiaGazette

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s