Setiap Pelepasan Cukai Institusi Agama Perlu Mendapat Kebenaran

KERAJAAN mewajibkan intitusi agama yang ingin mendapat pelepasan cukai perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu bagi mengelak salah guna dana kewangan untuk tujuan komersial.

“Keadaan ini adalah kerana ada syarikat yg berselindung disebalik institusi agama menjalankan perniagaan besar termasuk hartanah seperti pembinaan perumahan atau import eksport tetapi tidak membayar cukai kerana didaftarkan atas nama institusi agama.

“Ini adalah satu penipuan atas nama agama, dan kerana itu kerajaan telah mewartakan pengecualian cukai pendapatan institusi agama pada 15 Februali lalu bagi memastikan dana institusi agama tidak disalahgunakan,” kata sumber Kementerian Kewangan yang tidak mahu mendedahkan namanya.

Bernama hari ini melaporkan perintah pengecualian cukai pendapatan kepada institusi atau organisasi keagamaan ditubuhkan semata-mata untuk aktiviti keagamaan dan tidak bertujuan keuntungan telah diwartakan pada 15 Februari lepas.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan semalam, berkata perintah pengecualian itu akan mula berkuat kuasa untuk tahun taksiran 2017.

“Pengecualian diberikan melalui perintah itu adalah selaras dengan pindaan perenggan 13(1)b Jadual 6 Akta 53 yang dibentang dan diluluskan pada sesi Parlimen lepas,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan menteri kewangan mengeluarkan suatu perintah pengecualian di bawah 127(3)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) untuk mengecualikan bayaran cukai terhadap semua pendapatan diterima mana-mana institusi atau organisasi keagamaan atau pemajuan agama yang tidak dikendalikan bagi tujuan keuntungan.

“Institusi atau organisasi agama yang layak mendapat pengecualian di bawah perintah itu hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mengawal selia institusi atau organisasi itu,” menurut kenyataan itu.

Bagi mengelak sebarang kekeliruan, LHDN memaklumkan perintah pengecualian itu turut terpakai kepada mana-mana institusi atau organisasi keagamaan ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis yang mengawal selia institusi atau organisasi tersebut.

Menurut LHDN, prasyarat pendaftaran untuk mendapat pengecualian adalah selaras dengan hasrat kerajaan supaya institusi keagamaan sentiasa dikawal selia dengan baik dan tidak disalahguna pihak tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan menjelaskan pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967 bukan bertujuan mengenakan cukai terhadap badan agama, sebaliknya untuk memastikan pendapatan mereka digunakan secara khusus untuk tujuan keagamaan dan amal.

Pindaan terhadap akta itu, menyebabkan banyak badan agama keliru terutama dalam kalangan badan agama bukan Islam, melibatkan perenggan 13 (1)(b) Jadual 6 Akta berkenaan menyatakan pengecualian cukai hanya terpakai bagi sumbangan, yang diterima pertubuhan dan institusi agama bukan mencari keuntungan, dan digunakan hanya untuk tujuan amal.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s