Pertahan Jerai, Ambil Balik Sungai Limau – MB Kedah

YAN: Harapan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan Parlimen Jerai dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Guar Cempedak dan Gurun pada Pilihan Raya Umum (PRU 14) amat tinggi, setinggi Gunung Jerai yang menjadi pusat peranginan popular di utara Semenanjung.

Malah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkeyakinan jika Jerai boleh dipertahankan kemungkinan besar DUN Sungai Limau juga akan “bertukar warna” setelah sekian lama dikuasai parti lawan.

Kemenangan BN Parlimen Jerai adalah penting bagi penduduk memandangkan daerah itu yang kaya dengan alam semula iaitu laut, pantai, bukit dan sawah yang saujana mata memandang, berpotensi untuk dimajukan dalam sektor pelancongan, pertanian dan industri, kata Ahmad Bashah yang juga Pengerusi BN negeri.

Bagaimananpun bagi merancang dan membangun sesebuah daerah, negeri dan negara amat memerlukan sebuah kerajaan yang bukan sahaja stabil dengan kemenangan 2/3 tetapi pentadbiran kukuh, kata Ahmad Bashah semasa berucap pada Himpunan Perpaduan Rakyat bagi Parlimen Jerai di Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd, Gurun hari ini.

Turut sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga ahli Parlimen Jerai, dua anggota Exco, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman (Guar Cempedak) dan Datuk Dr Leong Yong Kong (Gurun) serta Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin yang juga bekas Ahli Parlimen Jerai selain pimpinanparti komponen BN.

Menurut Menteri Besar lagi, kerajaan memerlukan sokongan padu rakyat daripada pelbagai kaum bagi membolehkan kerajaan merancang lebih banyak pembangunan untuk penduduk negeri sementara peluang yang diterokai dan dibawa oleh kerajaan pusat tidak tidak boleh disia-siakan.

“Para pelabur luar tidak tertarik untuk datang melabur ke negara ini termasuk di Kedah jika kerajaan sentiasa goyah dan jika negara kacau bilau, ” kata Ahmad Bashah. Beliau mengingatkan bahawa PRU 14 bukanlah masa untuk pengundi ‘membuat percubaan’ bagi menukarkan kerajaan.

Terdahulu, Menteri Besar dalam program ‘Turun Padang’ ke parlimen itu, meninjau tapak penempatan Rumah Muafakat Dulang, menyempurnakan Pelancaran Pantai Murni Water Front di Yan Besar serta melancarkan Khazanah Wakaf bagi Parlimen Jerai di Guar Chempedar.

Bercakap kepada pemberita pada program wakaf itu, Ahmad Bashah menjelaskan, iniasiatif itu bakal diperluaskan ke 15 kawasan Parlimen di seluruh negeri secara berperingkat dan Kedah terpilih melaksanakan projek perintis Khazanah Wakaf bagi membantu rakyat tidak berkemampuan mendapatkan barangan keperluan secara percuma.

Pada program itu Ahmad Bashah turut menyampaikan barangan wakaf kepada 200 penerima di kawasan Parlimen Jerai.

Sementara itu, Jamil Khir yang juga Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berkata. majlis pelancaran ini merupakan projek perintis Khazanah Wakaf sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain.

Menurut Jamil, Khazanah Wakaf berkonsepkan rak bagi menempatkan barang keperluan asas menggunakan skim wakaf tunai dan sumbangan daripada pelbagai pihak yang akan diletakkan di lokasi bersesuaian untuk dimanfaatkan oleh golongan miskin.

“Kaedah ini sudah lama dilaksanakan di Turki yang dinamakan Imaret sementara di Indonesia disebut Dapur Umum bertujuan menyediakan keperluan asas berupa bantuan makanan untuk diagihkan kepada mangsa bencana alam, ” kata beliau lagi.

Sumber: KLXpress.com.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s