YaPEIM Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM Atas Siasatan Terhadap Pengarah Kanannya

YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang Pengarah Kanan YaPEIM sehingga kes itu selesai.

Difahamkan penahanan lelaki itu adalah lanjutan daripada siasatan SPRM yang bermula sejak Jun 2015 yang lalu.

Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin, berkata YaPEIM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sehingga kes ini selesai.

“Bermula 16 Mei 2016 YaPEIM telah diurustadbir secara telus apabila Surat Ikatan Amanah YaPEIM telah dipinda dan diluluskan. Surat Ikatan Amanah YaPEIM yang dipinda ini adalah hasil daripada pembentukan Pasukan Bertindak (Task Force) bagi menilai dan menambahbaik aspek tadbir urus agensi-agensi agama termasuk YaPEIM. Langkah ini bertujuan untuk memastikan agensi-agensi agama mencapai sistem tadbir urus yang sempurna secara berterusan,” katanya.

Pagi tadi dilaporkan SPRM mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Putrajaya untuk menahan reman seorang pengarah kanan Yapeim.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Nik Isfahani Tasnim Wan Abdul Rahman.

Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s