ISU YAYASAN ANAK YATIM: YaPEIM TERBUKTI BENAR MENANG KES MAHKAMAH

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kemenangan kepada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Shahlan Ismail bagi mengekalkannya sebagai Pengarah Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin).

Pemecatan Shahlan dan dua lagi ahli Lembaga Pengarah Pemangkin iaitu Mohd Yusof Abd Rahman dan Mokhtar Abdul Razak pada 28 Oktober 2 016 dikira sebagai terbatal dan segala dokumen daripada defendan ketiga diperbetulkan dengan memasukkan kembali nama pengarah berkenaan dalam tempoh masa 2 minggu.

Usaha Pemangkin untuk menggugurkan Shahlan sebagai penandatangan cek bagi semua akaun di bawah nama Pemangkin juga tidak sah.

Ini bermakna keputusan yang diambil oleh Datuk Mohd Yusoff A. Bakar dan Fazil Hashim dalam memecat tiga ahli lembaga pengarahnya iaitu Shahlan , Mohd Yusof dan Mokhtar tidak sah kerana tidak mengikut lunas undang-undang.

Kedudukan ketiga-tiga pengarah itu kekal seperti sedia ada.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi juga perintahkan Shahlan didaftarkan semula sebagai Pengarah Pemangkin dan setiausaha syarikat, Sepekar Zanidah Binti Hussin memfailkan Borang 49 dalam tempoh 2 minggu ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s