FAHAMI GST AGAR TIDAK SALAH BERI HUKUM

30 April 2017 : Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menjelaskan semula hukum harus bagi pelaksanaan GST.

IMG-20170430-WA0172

Dalam satu kenyataan oleh Tan Sri Othman Mustapha, beliau menegaskan bahawa kerajaan telah membuat kajian menyeluruh sebelum melaksanakan GST. Menurut Tan Sri Othman juga, beberapa tokoh ulamak seperti Ibn Hazm, Ibn Al- Musili, Al- Syafi’i dan Ibn Khaldun membenarkan pemerintah mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.

Tambah beliau, Malaysia bukanlah negara pertama yang melaksanakan GST. Turki, Maghribi, Pakistan, Mesir dan kebanyakan negara anggota Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) telah mencontohi Malaysia dalam melaksanakan sistem cukai ini.

IMG-20170430-WA0171

Sementara itu, Othman Mustapha turut menasihatkan orang awam dan semua pihak supaya memahami perlaksanaan GST sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengundang salah faham dalam kalangan masyarakat.

Kelmarin, Dewan Ulamak Pas melalui ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, GST perlu dihapuskan kerana kaedah pencukaiannya adalah haram dan tidak menepati syariat Islam.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim berkata, antara tujuan cukai dipungut ialah untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelata yang memerlukannya, di samping melaksanakan pembangunan negara dalam pelbagai sektor.

Sehubungan itu, Wan Salim mencadangkan agar pelaksanaan GST ditambah baik supaya ia lebih adil dan tidak membebankan golongan berpendapatan kecil dalam masa yang sama membantu ekonomi negara.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s