YaPEIM Hadiahkan Kepingan Emas Bernilai RM240,000 kepada Johan Tilawah & Hafazan Al-Quran Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tahun ini menyumbang kepingan emas seberat 1,000 gram bernilai RM240,000 kepada Johan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-59 yang dijadualkan bermula pada 15 Mei ini.

Kepingan emas bernilai RM70,000 seberat 300 gram itu dihadiahkan kepada Johan Qari dan Johan Qariah kategori Tilawah, manakala Johan Hafiz dan Hafizah bakal menerima kepingan emas bernilai RM50,000, seberat 200 gram.

Selain itu, Majlis yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu akan menyaksikan johan qari dan qariah akan menerima piala iringan dan wang tunai RM40,000 manakala bagi kategori hafazan, johan hafiz dan hafizah akan menerima piala iringan dan wang tunai RM20,000.

Dalam kenyataan media mengenai acara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan Malaysia telah diiktiraf sebagai Penganjur Program Musabaqah Al-Quran Terbaik Peringkat Antarabangsa oleh Negara Kuwait bagi Tahun 2016.

Menurutnya juga, pada kali ini sejumlah 70 buah negara dijemput menyertai MTHQA ke-59.

Malaysia akan diwaklili oleh Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan(MTHQK) yang telah berlangsung di Melaka pada 2 hingga 8 April lalu iaitu Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad dari Wilayah Persekutuan dan Normalina Alias dari Negeri Sembilan.

Sementara bagi kategori hafazan pula, Malaysia akan diwaklili oleh Johan Kategori 30 Juzuk MTHQK iaitu Mohamad Syazani Jemy dari Negeri Johor dan Cik Nur Amalina Azharuddin dari Negeri Melaka.

MTHQA akan berlangsung dalam dua sesi iaitu sesi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dan Sesi Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa. Bagi sesi Tilawah Al-Quran, majlis akan berlangsung selama 5 hari bermula 15 hingga 19 Mei 2017 (Isnin hingga Jumaat) jam 8.30 malam, yang melibatkan seramai 38 orang peserta yang melepasi tahap saringan. Majlis ini akan bersiaran secara langsung menerusi saluran Tv1.

Sementara bagi Majlis Menghafaz Al-Quran pula, majlis akan berlangsung selama 3 hari pada 16 hingga 18 Mei 2017 (Selasa hingga Khamis), jam 8.30 pagi. Sesi ini akan disiarkan secara langsung menerusi Tv-Alhijrah.

Majlis yang berprestij ini akan disempurnakan oleh SPB Yang di-Pertuan Agong pada Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah pada 20 Mei (Sabtu), jam 8.45 malam.

Sumber: FB Jakim

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s