Pengetua Pusat Tahfiz Amal (PTA) Didakwa dibawah ATIPSOM

IPOH: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 12 pertuduhan memperdagang kanak-kanak berusia 11 hingga 13 tahun pada 7 dan 8 Oktober tahun lalu.

Muslim Ab Karim, 66, dan isterinya Zaleha Mohamad, 54, dituduh secara bersama melakukan perbuatan itu di Jalan Perajurit 9, Taman Syabas Baru di sini, antara jam 11.15 malam 7 Oktober hingga 1.45 pagi 8 Oktober tahun lalu.

Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Muslim yang juga Pengerusi Pusat Latihan Amal Bestari di Yan, Kedah dan Zaleha sebagai bendahari di pusat latihan sama, mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abbas dan Nadia Zulkefli manakala kedua-dua tertuduh diwakili Shahril Adli Zain. Hakim Murtazadi Amran tidak membenarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh dan menetapkan 13 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Akhbar sebelum ini melaporkan seramai 12 kanak-kanak perempuan berusia 11 hingga 13 tahun di Taman Syabas Baru, Ipoh yang dipercayai dieksploitasi sebagai peminta sedekah berjaya diselamatkan dalam operasi bersepadu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Operasi dilakukan antara jam 11.15 malam 7 Oktober hingga 1.45 pagi 8 Oktober tahun lalu itu dilakukan selepas menerima maklumat terdapat kumpulan kanak-kanak dieksploitasi untuk menjual pelbagai produk ubat-ubatan serta kalendar Islam di sekitar bandar raya ini.

Terdahulu, Pusat Tahfiz Amal telah diarah menghentikan operasi oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sejak 10 Februari 2014. Walaubagaimanapun, pusat tersebut telah menukar kepada nama Pusat Latihan Amal Bestari dan meneruskan aktiviti eksploitasi kanak-kanak yang sama.

Rakyat Malaysia pasti berharap supaya SM Amin atau nama sebenarnya Azhar Wahab yang dikatakan menjadi dalang mengasaskan Pusat Tahfiz Amal atau apa jua nama digunakan turut didakwa atas kesalahan yang sama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s